Digital Influencers, Heidi Nazarudin Dan Joyce Wong Bina Empayar

Digital Influencers, Heidi Nazarudin Dan Joyce Wong Bercerita Mengenai Empayar Yang Dibina Melalui Alam Maya

Heidi Nazarudin, sekejap dia di Los Angeles, sekejap dia di New York dan ada waktu dia ke Kuala Lumpur. Tiga kota metropolitan ini menjadi persinggahan tetap Heidi, 35. Amerika dan Malaysia sepertikan negara jiran buatnya. Sesi penggambaran kami berlaku pada waktu yang tepat. Kerana dua hari selepas itu dia terbang ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Minggu Fesyen New York.

 

Bersembang dengan penulis blog TheAmbitionista dan Ketua Pengarah Eksekutif bloggerbabes.com ini menerbitkan perasaan teruja pada diri saya. Acap kali dia bercerita mengenai negara-negara yang dikunjunginya, saya seolah-olah diterbangkan sekali ke negara itu. Heidi sudah biasa hidup berpindah-randah semenjak kecil. Pada usia 12 tahun dia diterbangkan ke sekolah berasrama penuh Dalton, New York City. Kepintaran Heidi tidak disangkal lagi, bukan setakat berjaya memasuki sekolah berprofil tinggi di Amerika malah dia berjaya lompat dua darjah. Usia 16, Heidi sudah tamat bersekolah. Kembali ke tanah air, dia menuntut di UITM dalam jurusan Komputer Sains dan lulus dengan kelas pertama. Heidi memulakan kerjayanya sebagai investment banker di Citibank, Kuala Lumpur. Tuah menyambar empunya diri apabila dia menerima tawaran bekerja dalam bidang yang sama di Tokyo, Jepun. Cintanya pada fesyen semakin membuak-buak saat bekerja di Tokyo. Menurut Heidi, Tokyo adalah kota metropolitan yang mana warganya mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.

 

“Bagaimana saya boleh terjebak dalam penulisan blog? Japanese women are so impeccably stylish, it’s almost like watching a runway show every time I stare out of my office window! Tiga tahun bekerja di Tokyo akhirnya saya akur dengan gerak hati ini dan bertekad terbang ke Los Angelas mengejar cita-cita yang lama terpendam. Sejujurnya sejak kecil kalau saya lihat ibu bersiap dan berdandan cantik saya menjadi ralit. Saya cukup suka membelek majalah-majalah fesyen dan mula menyimpan angan-angan suatu hari nanti mahu gerobok baju dipenuhi dengan koleksi pereka! Di L.A., saya bermula dengan menulis rencana fesyen dan copywriting untuk beberapa syarikat. Waktu itu saya akui gaji saya jauh lebih sikit daripada kerusi selesa sebagai investment banker. Tetapi hati saya kuat berkata selagi saya gembira apa yang saya buat, dan terus berusaha suatu hari nanti saya pasti kembali di kerusi selesa saya semula. Not wealthy but earn enough to pay rent and live a normal life.”

 

Setelah Heidi mendapat rentak menulis, maka terciptalah blog TheAmbitionista.com yang berkisarkan fesyen dan gaya hidup. Berkat kesabarannya dan usaha yang diletakkan akhirnya bilangan pembaca Heidi meningkat dengan mendadak selepas setahun menulis dan memaparkan gambar-gambarnya bersama produk. TheAmbitionista banyak berkolaborasi dengan jenama-jenama besar seperti Salvatore Ferragamo, Max Mara, Armani Beauty, St Regis Hotels, Bang & Olufsen, Godiva, Vidal Sassoon, Nespresso, Kimora Lee Simmons, Saks Fifth Avenue, Nordstrom dan Los Angeles International Airport. Pun begitu, Heidi akan tetap membantu jenama-jenama kecil untuk dipromosikan di blognya dan caj yang dikenakan pada kadar minimum dan ada masa dia akan beri secara percuma.

See also
Intimate Afternoon Tea Bersama GLAM Heart x Jaeger-LeCoultre Cares

 

How do you generate income by blogging? “Ia bergantung pada gabungan jualan. If you click on a product on my blog or if you buy something, I get a few cents. So if you have a lot of readers those cents add up. Dan apabila bilangan pengikut ramai, anda akan ditawarkan tajaan dan menjadi duta produk syarikat. Daripada situlah bermulanya kerjaya saya sebagai pengacara majlis mewakili syarikat yang melantik saya selaku duta. Saya turut mengelola bengkel-bengkel yang bercakap mengenai isu fesyen. Hari ini saya ada lebih 10 juta pembaca. Most of whom are upscale luxury oriented readers with a taste for all the good things in life. Bagi menjaga kualiti kandungan blog The Ambitionista, saya ada pekerja sepenuh masa yakni editor, pengurus media sosial dan pembantu peribadi.”

 

Wanita ini juga menjana pendapatan melalui akaun Instagramnya, @theambitionista dengan pengikut seramai 208,000k. Caj bayaran untuk satu pos di Instagram wanita jelita ini mencecah AS$5,000! Itu pun kata Heidi ada penulis blog yang mengenakan AS$10,000 hingga ke AS$15,000 untuk satu pos. Begitu mudah untuk menjadi kaya raya!

 

Heidi tidak putus-putus bercerita kepada saya pengalamannya menghadiri minggu fesyen. Bukan calang-calang orang bisa menjadi jemputan minggu fesyen. Heidi disenarai sebagai Lead Influencer kepada penulis-penulis blog lain di Vanity Fair. Pengiktirafan itu memberi peluang untuk Heidi bertemu selebriti Hollywood dan melihat sendiri bagaimana pemasaran media sosial dilakukan. Dia sudah bekerja dengan syarikat penerbitan ini untuk empat acara utama yakni anugerah Oscar, The Emmys, Golden Globes dan Art Basel Miami.

 

“My blog enables me to live in a very nice condo on the beach in L.A., buy nice clothes, travel often and have enough money for savings. The sky is the limit! Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Terbaru saya mendapat tawaran bekerja bersama Kimora Lee Simmons! Kimora mahu saya menjadi hos untuk koleksi musim bunga di butik Beverly Hillsnya nanti. Alhamdulillah, saya juga diberi mandat oleh Jakarta Post sebagai fashion correspondent and influencer. Harapan saya TheAmbitionista menjadi sebuah pusat komuniti untuk wanita. Dan pada masa hadapan saya mahu mengeluarkan fashion line sendiri Insya-Allah.”

See also
Nama Emma Stone Bukan Nama Sebenar Pelakon Tersebut

 

Joyce Wong, blogger ini hadir ke studio dengan warna rambut biru yang baru diwarnakan. Sememangnya rambut berwarna-warni itu adalah trademarknya. Sheng Saw sepertikan tidak sabar untuk melukis wajah Joyce, 32, kerana terus mendapat ilham sebaik melihat rambutnya. Kehebatan Joyce di gelanggang media sosial tempatan menjadi perhatian ramai. KinkyBlueFairy.net memfokuskan penulisan berkonsepkan gaya hidup manakala KinkyBlueFairy.com pula website yang menjual kelengkapan parti dan aksesori untuk majlis dan membuat dekorasi. Joyce juga membuat servis penghantaran balloon bouquet dan bertindak sebagai perhubungan awam serta menganjurkan majlis untuk pelanggan-pelangannya sekitar Asia Tenggara.

 

Joyce akui mentaliti rakyat Malaysia dengan kerjaya blogging ini tidak berubah sejak daripada 10 tahun dulu lagi. Cumanya hari ini mereka sudah boleh menerima sedikit demi sedikit. Persepsi menulis blog sebagai kerja remeh ternyata susah untuk diubah. Hari ini hanya dengan bergelar Instagrammers ia sudah boleh dikira sebagai satu kerjaya yang berjaya dengan bayaran yang lumayan.

 

“Seumur hidup saya, saya memang suka menulis. Ia adalah terapi buat diri ini. Saya sentiasa menyimpan diari sejak kecil lagi. Setiap hari saya akan bercerita kepada diari dengan menulis. Siapa sangka bermula sebagai hobi menulis blog akhirnya menjadi pendapatan saya setiap bulan? Blog saya bertukar kepada satu jenama dan mempunyai team untuk mengelola blog dengan lebih teratur. KinkyBlueFairy (KBF)sudah wujud selama 12 tahun. To date, KBF has been commissioned for over 200 advertorials by brands such as Chanel, Volkswagen, BMW, Heineken and Olympus just to name a few.”

 

Bermula daripada blog persendirian, KBF berkembang kepada boutique creative agency yang terbahagi kepada tiga pecahan dan setiap pecahan saling berkait rapat yakni Social Media, PR & Events serta Store. Untuk Social Media, Joyce bersama teamnya akan menguruskan kandungan blog dan iklan termasuk di Instagram dan Facebook Joyce. Bagi PR & Events, Joyce akan bekerja dengan pelanggan dan key influencers dari Eropah dan Asia. Dia dan teamnya akan mengelolakan majlis yang mampu memuatkan 200 tetamu, menyediakan khidmat emcee. jurugambar serta penata gaya. Setahun sekali Joyce akan menyusun strategi inisiatif perhubungan awam, untuk kekal menjaga hubungan baik dengan kesemua pelanggannya. Store pula bertanggungjawab menjual barangan parti di www.KinkyBlueFairy.com. Hebat kerana Joyce menjual barangan hasil daripada pembuatan produknya sendiri dan berkolaborasi dengan festival Urbanscapes, It’s The Ship juga gedung Seek & Keep untuk penjualan produk.

See also
"Tanggal Hijab, Then The Contract Is Yours" - Yuna Dedah Pengalaman Awal Mencipta Nama

 

Momen paling indah sepanjang menulis blog? “Banyak untuk diceritakan di sini. Tentulah pengalaman saya diterbangkan ke kota New York oleh syarikat HP untuk tayangan perdana Sex And The City 2 pada tahun 2010 adalah umpama mimpi buat saya! I was chauffeured to the event in a stretch limo, had Tommy Hilfiger and Ivanka Trump seated right in front of me in the movie theatre, and struck up conversations with other guests like fashion designer Vivienne Tam and photographer Nigel Barker. I had a fantastic time!” Joyce juga tidak dapat melupakan perasaan terujanya sewaktu menghadiri Minggu Fesyen London. Di sana Joyce sempat keluar makan malam berdua dengan pereka tersohor Datuk Professor Jimmy Choo.

 

“Slot yang paling digemari pembaca adalah perkongsian kisah kembara saya yang penuh adventure. Kisah cinta saya juga menarik banyak minat pembaca! Pembaca saya terdiri daripada lingkungan umur remaja hinggalah usia 50-an. I’ve had a friend residing in Australia, telling me, his mum knew what I was up to more than he did because she reads it. Blog saya dibaca oleh rakyat Malaysia di kawasan urban diikuti Singapura, Indonesia, England, Hong Kong, dan Amerika Syarikat. Dalam sebulan KinkyBlueFairy berjaya mendapat review sebanyak 59,000. KinkyBlueFairy has received about six million views in the past five years alone.”

 

Berkongsi ideologi fesyennya, Joyce memilih Diana Vreeland dan Iris Apfel sebagai ikon fesyennya. Dia menyifatkan dirinya sebagai schizophrenic. Joyce akan menggayakan helaiannya mengikut mood pada hari itu. Ada hari dirinya suka didominasi dengan helaian pancawarna dan kaya dengan corak. Ada waktu dia bersifat minimalis dan classy. Apa yang pasti, she is an accessories girl. Joyce Wong menyimpan hasrat untuk membuka lebih banyak perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan platform bekerja dengan pengaruh media sosial. Dia mahu melebarkan empayarnya ke negara jiran seperti di Bali dan kemudian ke Seoul, London dan New York. “Mungkin satu hari nanti saya memiliki rumah tetamu atau vila di tepi pantai, learn pottery and create more paintings, buy a sailboat, grow the company, run a retreat for distressed urbanites. Ah, terlalu banyak cita-cita saya!” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu April 2016