Siapa Sahaja Yang Berani Cari Pasal Dengan Carrie Fisher?

Dendam Bintang Star Wars Carrie Fisher Apabila Temannya Diganggu Secara Seksual

Pelakon veteran dan berstatus lagenda Carrie Fisher sudah meninggalkan kita semua hampir setahun sudah, namun memori dan legasinya akan sentiasa diingati. Menjadi idola ramai perihal isu feminisme dan kesihatan mental, Carrie juga ibarat adiwira kebal yang tidak gentar mempertahankan mereka yang penting baginya.

 

Foto Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Wire

Sebuah kisah baru daripada temannya sendiri baru sahaja dikongsikan baru-baru ini melalui satu temubual tentang tindakan yang diambil oleh Carrie sendiri apabila temannya itu menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang penerbit besar di Hollywood, bintang Star Wars itu enggan berdiam diri.

 

Menurut Page Six, Heather Ross, teman yang diperkatakan itu, telah berkongsi kisah berani Carrie ini apabila ditemubual oleh sebuah stesen radio.

 

“Carrie menghantar mesej kepada saya atas talian dan dia berkata, ‘Saya baru sahaja nampak si polan di studio Sony,'” ujar Heather sebelum dia menerangkan secara terperinci apa yang dikatakan oleh Carrie seterusnya.

See also
Sembang Raya Bersama Nadiya Nisaa

 

“Saya tahu [penerbit tersebut] akan berada di situ, jadi saya pergi ke pejabatnya dan menghantar kotak Tiffany dengan riben putih. Saya menghadiahkannya lidah lembu daripada Jerry’s Famous Deli dengan nota yang mengatakan, ‘Jika anda menyentuh teman kesayangan saya Heather atau mana-mana wanita lagi, penghantaran seterusnya akan mengandungi sesuatu milik anda dalam sebuah kotak yang lebih kecil.

 

Heather mengakhiri kisah tersebut dengan, “Jika anda tidak tahu bagaimana rupa lidah lembu, Google sahaja.”

 

Dengan bangkitnya kejadian gangguan seksual baru-baru ini yang melibatkan lebih daripada 30 orang wanita di Hollywood, termasuklah beberapa pelakon berstatus tinggi, apakah reaksi Carrie jika dia masih hidup?