Coco Rocha Sangka Donna Karan Dua Individu Berlainan

Coco Rocha Sangka Donna Karan Dua Individu Berlainan

Happy Hearts Fund 2014-NYC Gambar: TPGVIP

 
Agak lucu apabila supermodel Coco Rocha mengakui bahawa dia pernah menganggap pereka fesyen Donna Karan sebagai dua individu berlainan. Coco mengimbas kembali detik awal kariernya di mana dia sangkakan Donna dan Karan sebagai adik-beradik kembar.
 
Melalui akaun Facebooknya dia bercerita, “Antara pentas peragaan terawal yang pernah saya sertai adalah dengan membuka pentas DKNY. Saya berumur 18 tahun ketika itu dan tidak tahu-menahu akan Donna Karan. Namun mungkin kerana prestasi yang bagus, saya disuruh untuk membuka pentas untuk jenama Donna Karan pula beberapa hari selepas itu. Semasa sesi fitting, Donna berkata pada saya, “Mmm… Donna must love you.” Dia merujuk kepada dirinya sendiri. Saya terus sangkakan bahawa dia bukan Donna dan menganggap Donna adalah kakaknya, pereka di DKNY manakala dia pula adalah Karan.”
 
“Perkara itu berlanjutan sehingga satu atau dua tahun selepas itu di mana saya menganggap bahawa Donna dan Karan adalah adik-beradik kembar yang menguruskan dua jenama berlainan. Saya hanya sedar akan kesalahan itu apabila rakan saya yang bukan dari industri fesyen memaklumkan kepada saya bahawa Donna Karan merupakan nama seorang individu.”
 
Coco turut berseloroh bahawa dia merasa lega kerana tidak pernah bertanyakan khabar Karan kepada Donna.
 
 

See also
13 Selebriti Kesayangan Dunia Yang Bertarung Dengan Penyakit Kronik