"Cinta menjadikan saya insan yang lebih baik,"- Elyna Effendi - Glam Malaysia

“Cinta menjadikan saya insan yang lebih baik,”- Elyna Effendi

Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun/ ClanHouseonline.com

Gambar: Bustamam Mokhtar/White Studio

Solekan: Sheng Saw/Shengsaw.com menggunakan Shiseido

Dandanan: Olivia Ooi, dibantu oleh QQ

Penyelaras: Aizat Aidid

Teks: Min Luna
 
elyna1(1)
 
Pertemuan yang sepatutnya satu jam di Bangsar Village berlarutan sehingga dua jam dan dalam tempoh itu Elyna Effendi terus memadam perkiraan saya yang menyangkanya garang juga kurang ramah. Jelas pembantu perundingnya, Linda, “Ely memang sering beri aura begini berbanding kakaknya yang sentiasa tersenyum. Sejak jadi produser di NTV7 lagi ramai yang takut dengannya, tapi bila dia mula ketawa semua anggapan ini terus lenyap.” Benar. Her laughter was contagious! Persis Julia Roberts, matanya juga bercahaya setiap kali menyebut nama dua anaknya juga suami. Jelas sekali dia bahagia, “Itulah sebabnya laughing lines ini so clear. Saya bersyukur dan gembira dengan hidup ini. And I’ve no room to complain.”
 
Cinta Fantasi Elyna

Semuanya bermula dengan Casmad Sanuri, cintanya selama lebih lapan tahun ini diakui punca she became a better person. Dia seorang yang tenang, composed juga mengimbangi personalitinya, “While I was famous for being demanding and short-tempered.” Dengan kelahiran Elyca dan Mecael, Elyna belajar lebih sabar melayari hidup berkeluarga. Cerita jalinan asmara mereka agak dongeng, bertembung lebih 15 tahun lalu melalui teman di London. Mulanya hanya bertukar senyuman. “Tahun 1999 pulang ke Kuala Lumpur dan mula bekerja. Tahun 2000 saya ke Jakarta. Di sebuah hotel di sana, ketika asyik berbincang urusan bisnes, Casmad lalu memintas kami. My girlfriends and I were swooning over him. Dia menoleh dan melontar senyum.” Sambung penerbit filem Pua ini lagi, “Saya terus ke concierge keesokan pagi, meninggalkan nota. Saya masih mengecam wajahnya dari perkenalan di London. Tanpa malu langsung, saya tinggalkan nombor telefon saya dan berharap dia menghubungi saya semula. Dua hari selepas itu saya menerima e-mel Casmad di pejabat. Terus teman-teman di sekeliling melonjak riang– ‘It’s him! It’s him!’.” Ujar Elyna, mengambil masa tiga tahun dan beberapa sesi lunch untuk Casmad to really make a move on her. Hujung 2003, Elyna diundang ke Bali untuk temasya Tahun Baru. “We were semi-strangers, jadi agak pelik bila dia mengajak ke Bali.” Ketika di Hotel Four Seasons Ubud untuk minum teh, Casmad terus meluahkan, “Wouldn’t this place be nice for our wedding? I think I want to marry you.” Elyna yang mulanya terkedu terus bersetuju, “Dua bulan selepas itu kami berkahwin! Ringkas dan tanpa fikir banyak kerana kami berdua baru sahaja lepas putus cinta dengan hubungan panjang yang lelah. So, why complicate things?”
 
elyna2(2)
 
Casmad, model terkenal di Jakarta ketika itu, kini Pemilik Bersama dan Pengarah Tenc (Th e Emperor’s New Clothes) dan sering mengundang perhatian di acara-acara sekitar kota. “My girlfriends was openly jealous, so it’s fine. Karisma serta perilaku ikhlasnya juga very unassuming about the way he looks, cukup menarik. Dialah tunggak saya ketika melalui drama keluarga, kes penceraian yang berlarutan terlalu panjang serta penghijrahannya ke Kuala Lumpur, tambahan pula waktu itu saya mengandungkan Elyca. Semuanya terlalu kelam-kabut, I take off my hat to him for handling everything smoothly,” ujar Elyna. Puteri Datuk Seri Effendi Nawawi ini mengakui kini adalah fasa paling relaks.
 
Baru sahaja kembali dari Bali, famili ini sering kembara bercuti setahun sekali. Jelas Elyna, hanya waktu melancong sahaja dia serta suami tutup segala medium perhubungan elektronik dan betul-betul fokus 100 peratus pada Elyca dan Mecael. “Krismas lepas kami habiskan cuti dua minggu di Amsterdam juga Switzerland. Seronok mereka ski, ke kilang coklat dan terompah. Saya suka rancang aktiviti menarik setiap hari agar selain berseronok, mereka dapat belajar sesuatu secara tak langsung.” Jika kembara berduaan dengan Casmad, Elyna menjelaskan dia lebih suka adventure walhal suaminya gemar percutiaan santai. “Tahun ini akhirnya dia setuju mahu ikut ekspedisi ‘mencabar’ saya, I’m thinking Bhutan or le tour India,” jelas  pemilik FE2 Productions ini yang berasa penting meluangkan masa bersama, or else it’s always and just about the kids. Jadi setiap dua atau tiga bulan mereka mesti merangka percutiaan berdua.
 
Bercerita mengenai Elyca, 7, dan Mecael, 5, “Kerana bersekolah asrama penuh di England, saya biasa dengan sistem pendidikan British, jadi mereka berdua dihantar ke Alice Smith. Elyca manja dan Mecael suka ketawa.” Saya tanya, “How you dress them?” Langsung Elyna gelak, “My husband is Mr. Fashionista, I’m not! Setiap kali buying trip ke Los Angeles, dia pasti belikan helaian untuk mereka. Terutama sekali Mecael, he dresses him like a rockstar, skinny jeans and studs. Dia akan pilih sehinggalah ke padanan stoking! Elyca pula suka stail girly dan princess.” Persoalan saya terus berlarutan ke… does he dress you too?
 
elyna3(3)
 
The Most Innocent Girl Next Door

Produser girang ini menjawab dengan tawa signature-nya, “He was so irritating masa mula-mula kahwin dulu. Sudahlah saya dalam lapangan produksi yang tentunya langsung tak peduli kod pemakaian. Sandal, jean dan t-shirt, itulah kostum kami, terlampau fokus pada kerja daripada mahu bergaya. I was the least concerned about my look when we got married! Sepanjang lima tahun lepas, saya projek ubah gaya Casmad. Kini baru saya sedar kepentingan berpenampilan menawan. Dahulu, mahu sapu pelembap serta lip balm juga jarang sekali. Apatah lagi ke mani and pedi dan hairdresser, setahun sekali sahaja!” Selepas kelahiran puteranya baru Elyna mula giat mengamalkan rejim cantik lengkap. Kini dia setia dengan rangkaian SK-II selepas mencuba krim SK-II Signature Eye Cream dan mendapat hasil hebat. “It does make a difference. Kini kulit saya lebih sihat lagi berseri daripada dulu,” jelas jelitawan berusia 37 ini.
 
Menurut Elyna, minatnya pada fesyen tumbuh melalui suami dan teman baiknya, Shirieene Hajamaideen yang membuka butik fesyen, Maizen. “Shirieene tahu potongan terbaik serta apa yang saya suka, jadi jika ada koleksi baru dia mesti simpan untuk teman fashion hopeless-nya ini,” seloroh Elyna. Antara tas tangan dan kasut, Elyna lebih gilakan sepatu, Stuart Weitzman, Giuseppe Zanotti serta Sergio Rossi antara label kegemaran. Terkini, Yves Saint Laurent jadi pilihan ke mana-mana kerana stail elegan juga seksi yang selesa. Jika kembara ke LA, “I will stock up on jeans. Saya masih seperti dahulu, produser yang hanya selesa dengan denim. J Brand serta William Rast antara pilihan ulung.” Aksesori fine jewellery koleksi Elyna yang dilabelnya ‘never sees daylight’, termasuk berlian, zamrud, nilam dan mutiara. “Saya memang tak suka mahu mengambil masa terlampau lama memikirkan padanan helaian, waktu ke acara penting atau perkahwinan sahaja barulah koleksi ini keluar daripada safe box.” Your biggest splurge? “Wow, hmm… mungkin gaun kembang Dior yang ultra feminin tahun lepas, saya beli untuk ke parti Most GLAM, tapi akhirnya disarung ke acara Bedat & Co. Mungkin kerana tak memahami trend tas tangan, jadi saya lebih senang melabur pada helaian eksklusif.”
 
elyna4(4)
 
Variasi Cabang Karier

See also
Most GLAM 2018: Nurita Harith

“Tamat alam persekolahan saya mahu meneruskan pengajian dalam bidang fine art, tetapi dibantah ayah. Diberi pilihan antara kejuruteraan atau arkitek, saya teruskan pelajaran di universiti di London dalam jurusan seni bina. I was a straight A student. Sehinggalah bila pulang bercuti ke Malaysia, dan peluang menjadi produser di salah satu program kecil di NTV7. I was ecstatic and loved it straight away!,” jelas Elyna mengenai titik permulaannya dalam bidang televisyen. Kini di bawah FE2 Productions, dia sedang sibuk memasarkan program realiti, MISI E. Program ini memfokuskan kepada mendidik remaja berusia 13 hingga 25 tahun tentang alam sekitar. “Kami masuk hutan seminggu, saya turut serta berkhemah dalam hujan. Sekarang, saya sedang sibuk membesarkan pengaruh projek ini dengan menggabungkan organisasi cinta alam lain. Selain itu, saya masih membantu Casmad menyelia arus kewangan juga analisis penjualan di Tenc. Dan… oh ya! restoran Jawa kami, Warong Iga baru sahaja dibuka Januari lepas dan syukur ia mendapat sambutan. Iga yang bermaksud rusuk dalam bahasa Indonesia menawarkan iga penyet, iga goreng atau bakar. Menu paling popular adalah sup iga. Diharap satu hari nanti francais restoran ini akan berkembang, kerana terlalu banyak restoran Padang, Sunda juga Bali di Malaysia, tetapi tidak Jawa. Casmad berasal dari Jawa, dan dia mahu variasikan selera Indonesia di sini.”
 
Bila ditanya mengenai kehidupan impian serta perancangan masa depan, Elyna mendongak melayangkan fikiran while counting her blessings, “Saya rasa seperti sudah cuba semua, tetapi gerak hati seperti mengatakan ini bukan noktah lagi, mungkin ada projek humanitarian besar akan datang. My dream life? I already have it. Dua cahaya mata comel, hubungan seimbang dengan keluarga – kakak, abang juga ibu. Malah sudah mula berkomunikasi kerap dengan ayah saya. Dan tentunya suami yang penyayang, penyabar lagi hot!,” cerita Elyna bersyukur dengan semua rahmat ini.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2012

See also
Rahsia Secangkir Kopi