Suara Lunak Jamiel Said Merupakan Hadiah Buat Isteri Pada Hari Bahagia

Cincin Di Jari Dendangan Jamiel Said Menggamit Emosi

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Drama siri ‘Kekasih Paksa Rela’ yang dibintangi Remy Ishak dan Ain Edruce menjadi topik perbualan orang ramai dek kerana jalan ceritanya yang menarik dan juga plot yang membuatkan orang ramai tertatik dengan drama tersebut. Namun OST drama tersebut ‘Cincin Di Jari’ juga antara penyebab utama babak-babak penting memberikan lebih impak kepada penonton dengan alunan suara penyanyi asalnya, Jamiel Said, dan juga bait-bait lirik yang sesuai. Untuk pengetahuan semua juga, lagu ini sebenarnya telah dicipta khas oleh Jamiel buat isteri tercinta pada hari perkahwinan mereka sendiri. Jadi bagi mengenali siapa penyanyi berbakat ini dengan lebih mendalam, GLAM senaraikan beberapa info berkenaan Jamiel Said.