GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Personaliti / Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom

Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom

Ai Nazmi Norzaid
September 27, 2018

Sebuah jenama yang lazim dalam kalangan elit fesyen tempatan, TOD'S baru-baru ini telah membuka butik konsep mereka yang bertempat di Pavilion KL. Lengkap dengan hiasan dalamn serba mewah dan moden, TOD'S menjemput  rakan-rakan selebriti, personaliti, dan sosialit Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut. Malah upacara pembukaan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang yang juga turut membantu merasmikan pembukaan butik baru itu.

 

Artisan TOD'S turut diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk membantu membuat aksesori kulit mereka yang hadir mengikut citarasa mereka.

 

Berukuran 160 meter persegi, butik baru ini memberikan imej lebih moden dan kontemporari dengan rekaan dan imej yang selari dengan jenama ternama ini. Lengkap dengan lantai batu marmar dan siling tinggi, butik ini mengangkat lagi kemewahan mereka yang selari dengan vibe mewah kota Kuala Lumpur.

 

Datuk Seri Dr. Farah Khan, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, dan Massimo Caltagirone
Gambar Nic Chung

Upacara pemotongan riben dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Farah Khan, Presiden dan Pengasas The Melium Group yang membawa jenama ini ke Malaysia pada tahun 2005 diiringi oleh Massimo Caltagirone, Pengarah Kawasan Asia Pasifik, TOD'S Group.

 

Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan upacara termasuklah Neelofa, Kavita Sidhu, Siti Saleha, Danielle Graham, Jane Chuck, JC Chee, dan Lynn Lim.

Prev9 of 17Next

Jane Chuck

Gambar Nic Chung

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Jurufoto Terkenal Terry Richardson Terima Perintah...
Mengapa Anak-Anak Jada Pinkett Smith Tinggalkan Ru...

Artikel Berkaitan Personaliti
Selebriti Kesayangan Dunia Yang Bertarung Dengan P...
Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia
Pergaduhan Terbesar Selebriti Dalam Sejarah Hollyw...
Pasangan Selebriti Pujaan Ramai: Edisi “Moth...
Pasangan Hollywood Yang Sudah Berpisah Pada Tahun ...
Senarai Selebriti A-List Menawan Yang Berketurunan...
Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ib...
Mata Pasti Terpikat Dengan Tengku Fahd, Adinda Sul...
Senarai Selebriti Wanita Yang Bergelar Graduan

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting