"Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya"- Didi Dayang - Glam Malaysia

“Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya”- Didi Dayang

Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun CLANHOUSEONLINE.COM

Gambar: Bustamam Mokhtar

Solekan: KF Bong Menggunakan Shiseido

Dandanan: Olivia Ooi Menggunakan Keratase

Teks & Penyelaras: Amira Azman dan Zuhairie Sahrom
 

Didi Dayang

Gambar: Arkib GLAM


 
Cantik! Ungkapan pertama terpacul daripada mulut ini melihat figura yang hadir ke studio pada pagi itu. Mesra dipanggil Didi atau nama sebenarnya Didi Dayang Compton Moggie- Arriega, dia hadir begitu bersahaja mengenakan jean koyak yang dipadankan bersama T-shirt longgar.
 
Didi merupakan jurutari kini bekerja di dalam bahagian perhubungan awam juga pemasaran bersama jenama barang kemas mewah Mouawad. Didi juga merupakan seorang model bebas aktif dengan aktiviti yoganya.
 
“Saya sangat minat dengan seni tari. Sejak kecil lagi saya duah ke kelas menari. Pelbagai genre yang saya cuba termasuklah tradisional melayu.  Saya juga pernah mengikuti kelas luncur ais di Sunway Pyramid dan pernah juga memenangi beberapa pingat di acara pertandingan.” ujar Didi tersenyum manis.
 
Berusia 24 tahun, dia kini menetap di Kuala Lumpur. Ibunya kacukan Iban dan New Zealand manakala ayah pula campuran Indonesia dan Itali. Meski tidak dibesarkan di Sarawak  tetapi ibunya pernah menetap disana. “Ibu saya menetap di Sarawak tetapi saya pula tinggal di Kuala Lumpur waktu itu,” beritahu Didi yang pernah menyambung pelajaran di New York selama empat tahun.
 
Meski tidak membesar di sana tentu banyak kenangan manis  setiap kali anda pulang ke Sarawak untuk bertemu sanak saudara di sana, tanya saya? “Well, I don’t go back to Sarawak every year for the Gawai celebration. Saya selalunya pulang beberapa tahun sekali. Saya seronok kerana tahun ini saya berpeluang pulang menyambut Hari Gawai pada Jun yang lalu.”
 
Begitu bersungguh Didi menceritakan kepada saya bagaimana perasaannya ketika berkumpul bersama keluarga juga sanak saudara di kala perayaan itu yang disambut penuh meriah. “Seronok dan gembira sekali kerana semua dapat berkumpul bersama-sama di rumah panjang bersama seluruh keluarga besar kami. Upacara minum air tuak juga menggerunkan saya. The taste of Tuak? Some can be very good and some not! Ini kali kedua saya pulang untuk menyambut Hari Gawai,”
 
“Kali pertama? Sepuluh tahun yang lalu! Ketika itu saya masih kecil dan tidak mengerti apa itu Hari Gawai. Saya tidak suka dengan idea di mana mereka meraikannya pada lewat 12 malam hingga lapan pagi!” cerita Didi. Tetapi kini apabila dewasa, barulah dia tahu bagaimana ia disambut dan dia sudah boleh menerimanya dengan hati terbuka.
 
Menurut Didi lagi, dia hanya pulang ke rumah panjang di Sibu sekali sekala. Dia lebih banyak menghabiskan masa di Kuching kerana keluarga rapat juga teman-teman keluarga semuanya menetap di sana. ” Saya sukakan kota Kuching. Bandaraya kecil, nyaman dan yang seronoknya tiada kesesakan lalu lintas. And everything is five to ten minutes away! Sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur.”
 
Jika suatu hari nanti dia ada keluarga sendiri dan ingin menghabiskan masa tidak lagi bekerja , dia mahu memilih Kuching sebagai lokasi untuk memulakan hidup baru. “Maybe not now but if I do, it will definitely be for when I retire. Bandar Kuching menjadi pilihan saya,” bual Didi mengakhiri bicara.

See also
Bella Hadid Tampil Mempertahankan Paparazzi Wanita