Bella Hadid Dan The Weeknd ‘Putus’ Lagi, Sumber Mengatakan Ini Puncanya…

Apa Siapa Di Mana?, Gaya Hidup, Personaliti

Bella Hadid Dan The Weeknd ‘Putus’ Lagi, Sumber Mengatakan Ini Puncanya…

640

Supermodel ternama khabarnya memutuskan hubungan romantisnya..sekali lagi dengan penyanyi rap The Weeknd selepas setahun kembali bersama. Namun, punca perpisahan muktaman ini dikatakan agak mengejutkan!

Menerusi sumber E!News, ‘jarak’ telah menjadi faktor perpisahan ini, dan sumber tersebut menegaskan, ‘Kedua-dua mereka kini terasing, secara fizikal mahupun mental’. Khabarnya, Bella kini dalam rangka persediaan untuk komitmen minggu fesyen dan Abel pula kini sedang giat menyiapkan album terbaru serta akan memulakan karier sebagai pelakon.

Selain itu, sumber terdekat juga mengatakan mereka berdua dilaporkan seringkali bergaduh dan sudah lama tidak menghabiskan masa bersama. Bella dan Abel sebelum ini bersama lebih dari dua tahun, dan berpisah pada 2016 sebelum kembali semula menjalinkan hubungan.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *