Intimate Afternoon Tea Bersama GLAM Heart x Jaeger-LeCoultre Cares

Apa Siapa Di Mana?

Intimate Afternoon Tea Bersama GLAM Heart x Jaeger-LeCoultre Cares

2436

Selang seminggu yang lalu, GLAM disertai oleh YM puteri-puteri kerabat diraja Pahang yang terdiri daripada YM Datuk Tunku Kaiyisah, YM Puteri Munawarah Syamiyyah, YM Puteri Noor Afzan, YM Tengku Iman, YM Puteri Suraiya, dan YM Puteri Amida Afsha telah berjaya membuat lawatan istimewa ke wad pediatrik Hospital Selayang untuk beramah mesra bersama kanak-kanak di wad tersebut dan kami masih lagi tersenyum riang memikirkan detik indah tersebut.

 

Suasana di Private Room Ritz-Carlton Kuala Lumpur semalam menzahirkan aura kemewahan dan elegan dengan hiasan meja yang indah menawan buat sesi Afternoon Tea GLAM Heart x Jaeger-LeCoultre Cares. Sesi intim tengahari ini juga merupakan insiatif GLAM dan Jaeger-LeCoultre untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di Hospital Selayang.

 

Selain daripada afternoon tea yang dihidangkan, acara utama tengahari itu turut melibatkan sesi pembidaan jam tangan siri Reverso oleh Jaeger-LeCoultre di mana 100% jumlah bidaan tersebut akan didermakan kepada Hospital Selayang bagi membantu kanak-kanak di wad pediatrik yang kami lawati sebelum ini.

 

Selain daripada YM puteri-puteri Pahang yang membuat kemunculan untuk memeriahkan hari istimewa dan bermakna ini, tetamu terhormat lain yang turut hadir adalah YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Chanela Jamidah, pengacara majlis Daphne Ikinggorgeous sisters Fyza Kadir dan Ieedah Kadir, Nina Ismail Sabri, Natasha Ozeir, Zaida Ibrahim, Sazzy Falak, Nurul dan Mira Zulkifli daripada Mimpikita, wakil Hospital Selayang dan beberapa lagi personaliti yang lain untuk acara tertutup ini.

 

Tatkala para jemputan kehormat sedang menjamu hidangan ringan yang disediakan, wakil Jaeger-LeCoultre mengelilingi meja makan mempamerkan jam tangan mereka seperti siri Reverso, Rendez-Vous Moon dan Master Ultra Thin Moon sebelum mempertontonkan jam tangan istimewa yang dilelongkan pada hari itu.

 

Sesi pembidaan berakhir dengan pantas dan keputusannya juga melampaui jangkaan kami dengan bidaan tertinggi yang dibuat oleh YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah dengan nilai RM23,000. Jumlah terkumpul ini akan diberikan kepada wad pediatrik Hospital Selayang sepenuhnya sebagai tanda sokongan kami untuk membantu kanak-kanak ini.

 

GLAM dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah atas sumbangan beliau, YM Datuk Tunku Kaiyisah, YM Puteri Munawarah Syamiyyah, YM Puteri Afzan Shakira Nabila, YM Puteri Noor Afzan, YM Tengku Iman, YM Puteri Suraiya, dan YM Puteri Amida Afsha yang terlibat dalam projek ini daripada mula hingga akhir, Jaeger-LeCoultre atas sokongan dan bantuan yang jitu, pihak Hospital Selayang yang sudi menerima bantuan kami, dan individu-individu yang menjayakan projek istimewa ini.

18 of 61
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jager-LeCoultre Rendes-Vous Moon

Your email address will not be published. Required fields are marked *