GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

Apa Siapa Di Mana?, Popular

GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

2139
1 of 45
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mencabar standard kecantikan stereotaip merupakan matlamat utama mana-mana individu yang melaburkan wang, masa, dan tenaga mereka dalam dunia solekan. Untuk merealisasikan impian ini, GLAM menampilkan 12 selebriti ternama tanah air Ain Edruce, Amelia Henderson, Datin Diana Danielle, Elfira Loy, Elizabeth Tan, dan Nur Fazura menggunakan produk kosmetik CHANEL. Manakala Izara Aishah, Che Puan Juliana Evans, Kaka Azraff, Nelydia Senrose, Scha Alyahya, dan Whulandary Herman pula menggunakan produk daripada NARS. Untuk menzahirkan alter ego mereka pula GLAM memetik bakat lapan jurusolek berbakat yakni Bosco, Geraldine Loy, KF Bong, Khir Khalid, Monica Lee, Sheng Saw, Shiyo Joo, dan Syed Faizal Syed Noh.

 

Semalam GLAM mempersembahkan #GLAMAlterEgo Beauty Photography Showcase yang anda boleh saksikan sendiri di Aras 3 Couture District, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 15 Julai ini untuk mengamati hasil karya seni yang menampilkan alter ego kesemua selebriti ini. Selain selebriti-selebriti yang mempamerkan bahagian diri mereka ayng tidak pernah ditunjukkan di mana-mana sebelum ini, rakan-rakan GLAM yang lain turut hadir untuk memeriahkan acara pembukaan showcase eksklusif ini. Di samping itu GLAM juga turut membeir peluang buat para jemputan untuk chill di booth kecil BMIC Nail Spa Salon untuk sesi manicure yang bersahaja sambil menikmati suasana showcase itu. Klik seterusnya untuk melihat suasana sewaktu acara #GLAMAlterEgo semalam.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *