GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Personaliti / Apa Siapa Di Mana? / 4 Bintang Ternama Menyaksikan Pelancaran Constellation Terbaru Omega, Manhattan

4 Bintang Ternama Menyaksikan Pelancaran Constellation Terbaru Omega, Manhattan

Ai Nazmi Norzaid
November 16, 2018

Ruang angkasa Shanghai berhiaskan bintang-bintang menawan menjadi saksi kepada pelancaran koleksi Constellation "Manhattan" oleh OMEGA yang menjadi ikon jam tangan wanita moden di perkarangan Expo I–Pavilion.

 

Dari kiri: Liu Shishi, Nicole Kidman, Raynald Aeschlimann, Cindy Crawford, dan Alessandara Ambrosio

Bagi membuatkan malam tersebut lebih bermakna, Omega telah menjemput empat wanita ikonik Cindy Crawford, Nicole Kidman, Alessandra Ambrosio dan Liu Shishi merangkumi ciri-ciri yang sinonim dengan koleksi Constellation ini.

Prev7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Diperkenalkan pada tahun 1982, rekaan “Manhattan” telah berjaya menambat hati dan minat golongan wanita yang mengidamkan sofistikasi dan keanggunan yang jitu pada jam tangan pilihan mereka.

 

“Koleksi Constellation sering menjadi dambaan wanita dari serata dunia. Tidak kira negara mana mahupun, ia telah berjaya menarik perhatian wanita dari pelbagai latar belakang dan stail. Untuk meraikan semangat tersebut, kami sangat bertuah untuk bersama-sama dengan empat teman baik Omega. Dengan adanya Nicole, Cindy, Shishi, dan Alessandra pada masa yang sama menunjukkan rasa cinta mereka kepada Constellation,” kata Presiden dan CEO Omega, Raynald Aeschlimann.

 

Apa yang menakjubkan lagi adalah setiap satu daripada wanita hebat ini mempunyai detik istimewa mereka melibatkan Omega.

 

Cindy Crawford sendiri pernah terlibat dalam proses rekaan semula koleksi Constellation pada tahun 1995. “Saya kini sudah melihat koleksi ini berubah sejak beberapa dekad ini dan saya sering terpesona dengan rekaan-rekaan baru Omega. Ia merupakan jam tangan yang kalsik namun model-model baru ini membuktikan signifikasinya hingga ke hari ini.”

 

Alessandra Ambrosio pula menyatakan dia amat menggemari fesyen yang kekal lestari dan Constellation merupakan contoh paling tepat. “Ia mempunyai sejarah dans tail, dan ia juga merupakan jam tangan yang tidak hilang tarikannya.”

 

“Saya sudah mengenali Omega untuk tempoh waktu yang lama dan mereka merupakan sebuah jenama yang mementingkan kualiti dan memajukan produk-produk mereka. Kita boleh lihat hal itu dengan jelas melalui koleksi Constellation. Jam tangan ini direka khas untuk golongan wanita dan ia telah mampu berubah mengikut peredaran masa dengan cara yang telus dan elegan,” ujar Nicole Kidman, seorang peminat tegar Constellation dan Omega.

 

Duta terbaru Omega, aktres terkenal Liu Shishi merasa berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran individu-individu penting ini ke tanah airnya dan pada masa yang sama berkongsi spotlight dengan tiga lagi wanita hebat itu.

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

GLAM Deko Libur – Percutian Mewah The Aquila
Sajian – Unconventional Desserts

Artikel Berkaitan Apa Siapa Di Mana?

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting