12 Watak Dizahirkan Oleh L'Oréal Paris x Balmain

12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER

1 of 43

L’Oréal Paris x Balmain x Zalora Event

TEKS: AIZAT AIDID

 
[envira-gallery id=”75677″]

Gincu dengan rona unik menjadi trend cantik sekarang. Tidak hanya mencalitkan rona merah atau nude yang sudah dilihat normal, kerana L’Oréal Paris ingin mencabar wanita tampil lebih berani. Makanya, dengan visi ini mereka memilih untuk berkolaborasi bersama Balmain sebuah jenama fesyen asal Paris yang sering kali muncul dengan koleksi fesyen yang cukup berani. Olivier Rousteing, selaku Pengarah Kreatif Balmain diberikan kepercayaan untuk mengeluarkan 12 rona gincu yang berbeza untuk melengkapi 12 karakter yang unik.

 

Bekas gincu yang direka seperti menggunakan batu marmar ini mencuri sudah cukup mencuri perhatian untuk dimuat naik dalam Instagram masing-masing. Lebih menarik adalah pemilihan rona Rousteing. Ia dibahagikan kepada tiga koleksi yang pertama adalah himpunan The Glamazon dalam bekas gincu berona hijau. Rona gincu dicedok daripada elemen safari yang sering kali menjadi inspirasi kepada himpunan Balmain. Koleksi kedua bekas gincu berona hitam yang membawa himpunan Couture. Manakala bekas gincu berona biru pula mendapat elemennya daripada dunia muzik. Bagi Rousteing, muzik dan fesyen tidka dapat dipisahkan dan muncullah himpunan gunci Rock.

See also
Datin Raha Dato' Abu: "Saya adalah peminat besar aksesori wanita."

 

Sempena pelancaran koleksi gincu L’Oréal Paris x Balmain di Malaysia, Zalora mengadakan parti yang menghimpunkan 12 wanita kota yakni Tuti Noor, Kaka Azraff, Atikah Karim, Tunku Elana Khyra, Alicia Amin, Marisa Soraya, Rubini Sambanthan, Qalisha Ray, Johanis Sani, Aina Syahirah, Cherrie Mun dan Evangeline Yan.