Angela Karto & Yiu Lin: Keluarga Merupakan Keutamaan Mereka

Angela Karto Dan Yiu Lin Berkongsi Satu Hal Yang Sama. Yakni Keluarga Sebagai Keutamaan

DUA WANITA INI MEMILIKI KISAH BERBEZA. YANG SATU SURIRUMAH DAN YANG SATU LAGI BERKERJAYA. MESKI BERBEZA ANGELA KARTO DAN YIU LIN BERKONGSI SATU HAL YANG SAMA. YAKNI KELUARGA SEBAGAI KEUTAMAAN.

 

ANGELA KARTO “Darling sorry I’m late, but it’s not my fault,” kata Angela sambil menjeling ke arah suaminya, membuatkan saya ketawa dengan gurauannya itu. Seri di wajahnya jelas terpancar selepas kelahiran anak keduanya, Enzo Erwin, yang baru menginjak usia setahun. Riak wajahnya mungkin tampak sedikit sombong, tetapi percayalah dia tidak dan she has a sense of humor. Perbualan saya dengan Angela penuh dengan gelak tawa kata orang tak kering gusilah! Angela dilihat sebagai wanita idaman kebanyakan lelaki. Dia cantik lagi bergaya. Kalau di majlis pasti kehadirannya menjadi tumpuan ramai. Menguruskan suami, Erwin Datuk Azizi dan anak- anak Ziggy, 4, dan Enzo, 1, menjadi keutamaan wanita ini. Sempat saya mengerling ke arah berlian yang dipakainya hari itu. Sebenarnya dah lama saya perhatikan Angela dengan set barangan kemas yang bersilih ganti. Saya membelek berliannya, cantik… saya memuji. “Not enough! My mother in law said, ask for more….” Dia berseleroh pada saya yang membuatkan semua yang ada turut ketawa.

 

“How’s life juggling with everything? “Oh, sebelum saya mulakan apa-apa, let me tell you. I actually have three kids! Erwin is the eldest! Dia punya kerenah sahaja naik semput saya nak melayan. Kadang-kadang saya rasa menjaga Ziggy dan Enzo lebih mudah berbanding daddy mereka.” Apa yang susahnya menjaga Erwin? “Satu tentang Erwin dia sangat cerewet apabila berkaitan dengan makanan. Seleranya adalah masakan kampung to the core. Memandangkan saya dari Jakarta, Indonesia, saya perlu banyak bekajar masakan Melayu. Dia gilakan makanan yang pedas teramat. Segenggam cili padi kampung sudah umpama ulam-ulamannya. Dan apa yang mencabarnya masakan itu haruslah sama rasanya dengan masakan nenek Erwin. Anything else if you try to modify the dish, he would know it and he would just walk a way not even to say thank you. Hahaha! Demi mahu memuaskan hati suami, saya terpaksa menghantar tukang masak kami berguru dengan his grandmother selama tiga bulan. I do believe in keeping the marriage flame burning through cooking. Dan saya bersyukur kerana Erwin menyediakan saya pembantu rumah yang mencukupi untuk menguruskan hal rumah, anak-anak dan menolong saya memasak.” Saya berderai dengan tawa apabila mendengar kisah Erwin.

 

Kebetulan Erwin juga ada di situ, dia mencelah. “I love home cooked foods. And I myself can cook. Tahu resipi daripada nenek satu perkara, tetapi cara memasak itu juga sangat penting. Masa menumis itu kena betul. That is why I know bila rasa masakan itu lain. She can’t cheat me!” Ditanya bagaimana dia sifatkan Angela sebagai isteri, Erwin tersenyum. “Alhamdulillah, she knows how I like my gulai lemak kacang, asam pedas, daging kicap, ikan masak taucu dan banyak lagi. Hahaha! Jujurnya, I cant live without her. Dia terlalu manjakan anak-anak dan saya. Sifat keibuan yang ada pada dia membuatkan saya lebih jatuh cinta padanya. She is a gift from god. I couldn’t ask for more.”

 

Angela akui yang dia pun seperti teman-temannya yang lain yang punya cita-cita untuk membina empayar sendiri, dan sudah pun merencanakan untuk masa depannya. Tetapi Tuhan itu lebih mengetahui apabila perjalanan hidupnya ditemukan dengan Erwin dan mereka berkahwin. Dan tak lama selepas itu Angela hamil. “Ikhlas dari hati saya, saat bergelar ibu, saya berasa sayalah wanita paling bahagia di dunia ini. Melihat anak-anak membesar depan mata saya adalah kurnian yang tidak terhingga.Kalau nak difikir-fikirkan semula, Erwin will drive me crazy if I work! Tak menang tangan saya nak melayan songehnya nanti!

See also
Most GLAM 2018: Jasmine Suraya Chin

 

Bagaimana cara pendekatan you pada anak-anak? “Pertama saya set kan di minda, yang saya dikurniakan anak lelaki. Jadi saya tidak perlu terlalu serius pada mereka. Saya belajar untuk jadi ibu yang ‘sporting’. Pertama kali saya melihat Ziggy menconteng di dinding, dengan nada terperanjat saya memberitahu suami, “Yang, he drew on the wall!” Selamba suami saya membalas, “Yeah what’s the big deal? I did that when I was at his age.” Barulah saya sedar yang ia hanyalah dinding. Buat apa saya nak stres dan marahkan Ziggy. Apa yang saya perlu buat hanya anggap ianya sesuatu yang kelakar dan ketawa melihat telatahnya. Jangan sekat kreativiti anak-anak dan besarkan mereka dengan menjadikan mereka seorang yang yakin pada kebolehan diri.”

 

Saja saya mengusik Erwin apa yang Ziggy tidak boleh kacau barangan di rumah? “Saya melarang dia menyentuh koleksi kereta model vintaj saya. Kerana kereta-kereta model itu mempunyai nilai sentimental pada diri saya. Tunggulah dia besar sikit dan sudah faham menghargai sesuatu barang,” jelas Erwin yang juga Ketua Pengarah Eksekutif untuk Mid West Equities dan Presiden kepada kelab kereta sport, Blue Jackets.

 

Sambung Angela, dalam membesarkan anak-anak, dia tegas dan pentingkan disiplin. Dek kerana Erwin selalu sibuk dengan kerja, Erwin memang sangat lembut dengan anak-anak. “Yes, I am the bad cop and Erwin is the good cop. Kalau Erwin pulang dari kerja sahaja mereka berteriakan macam superstar datang rumah! Saya suka melihat anak-anak saya menjadikan Erwin sebagai idola mereka. Apabila mereka bersama Erwin, they learn how to built the emotions better. Stand up for themselves and stand their ground. These are traits that can be imparted to the children. Yang penting anak-anak saya tidak cerewet makan, mereka makan apa sahaja yang saya masak. Having one in the house is already crazy! Tetapi saya kagum dengan nenek Erwin kerana dia bisa melayan satu persatu selera makan cucu-cucunya. Macam-macam lauk dia boleh masak dalam waktu yang sama.”

 

Harapan pada keluarga? “Saya tidak mengharapkan apa-apa kerana saya bersyukur diberi pinjam tiga lelaki yang mewarnai hidup saya. Saya hanya mahu mereka bahagia dan sihat walafiat. Tidak sekali saya berasa penat melayan suami dan anak-anak kerana mereka sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya kalau mahu ke majlis, saya memilih majlis. Selalunya saya hadir untuk memberi sokongan kepada teman-teman baik. Kalau tidak saya banyak habiskan masa bersama keluarga.”

 

YIU LIN Melihat gayanya, bisa membuatkan semua wanita iri. Saya tidak pernah melihat dia menyarung sepatu flats dan wajah tidak bermekap. Meski sedang sarat mengandung dia masih berkasut tumit tinggi! Penampilan adalah keutamaannya. Dia layak dijadikan ikon dengan melihat kejayaannya menguruskan perniagaan retail sebagai Pengasas dan Pengarah Urusan butik ShoesShoesShoes yang kini sudah bercambah kepada tiga cawangan di ibu kota. Dalam pada sibuk menguruskan perniagaan dia juga perlu seimbangkan kerjaya dengan keluarga. Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada pemain squash negara, Azlan Iskandar dan ibu kepada dua anak Zara Aaliya Azlan, 2, dan Ava Aaliya Azlan, tiga bulan.

See also
Gemilang Visi Gucci Atas Karpet Merah Musim Anugerah 2019

 

Tiba di studio Yiu Lin, 37, menggendong Zara. Sementara confinement lady membawa Ava. Saya kira dia sangat kuat kerana tubuhnya yang kecil mampu mendukung Zara yang seberat 14kg! “My life is quite crazy currently as I have no maids for now.” Pembantu saya semuanya buat hal. Saya hantar balik! Hahaha. Boleh bayangkan betapa sibuknya saya sekarang. Nasiblah ada agensi menawarkan khidmat confinement lady. Tetapi di rumah dia tidak menguruskan saya. Yang penting baby Ava. Saya tidak perlukan dia untuk memasak lauk pantang untuk saya dan sebagainya. Itu saya boleh buat sendiri. Saya mulakan hari seawal jam enam pagi. Saya juga akan menghantar dan ambil Zara ke sekolah dan uruskan rumah dan tak lupa suami saya!” jelasnya menerangkan keadaannya sekarang. Jadual Yiu Lin juga padat dengan sesi penggambaran tuntutan daripada pihak media. Dan saya berterima kasih kerana dia juga menerima pelawaan daripada GLAM sebaik sahaja dia habis bercuti dari Koh Samui bersama keluarganya.

 

Mengenali Yiu Lin dari jauh, dia membiaskan aura seorang wanita yang tinggi keyakinan diri dan berdikari. “Percayalah saya ini orangnya sangat independent. Saya tidak boleh duduk diam. I always fill my daily schedule with so many things. But most importantly it must all be worth it. Saya mengaku saya bukanlah seperti isteri-isteri yang lain yang melakukan tugas mereka sebagai isteri. Bagi saya, saya akan lakukan tugas saya sebagai isteri semampu yang saya boleh. Dan rezeki saya apabila suami memang memahami situasi saya sebagai business woman. Kadang-kadang saya jadi terharu pula apabila pulang, dia sendiri masakkan saya biarpun dia sibuk dengan tugasannya. We have a modern relationship and that is the reason why I married him in the first place.

 

Dia adalah tulang belakang saya di setiap kejayaan saya dalam kerjaya. Dan saya seronok belajar adat istiadat orang Melayu dengan lebih mendalam memandangkan saya seorang muallaf.”

 

Yiu Lin juga masih belajar untuk menyesuaikan keadaan dengan kehadiran baby Ava. Ini kerana sebelum ini semua perhatian sepenuhnya ditumpahkan kepada Zara. Dialah intan payung Yiu Lin dan Azlan. Mahu tidaknya dengan wujudnya baby Ava, Zara berasa cemburu dengan adiknya. “Saya masih cuba untuk berikan kasih sayang yang sama pada Zara dan Ava. “But Zara is jealous of baby Ava. It got too much that I need to find some alone time with baby Ava.” Saya cuba buat Zara faham yang dia perlu menyayangi dan melindungi adiknya. Kadang-kadang geli hati juga melihat telatahnya bercakap dengan Ava, dengan memanggil ‘adik’.”

Aktiviti bersama keluarga? “Sekiranya saya dan Azlan sibuk, saya akan luangkan masa bersama Zara dengan membawa dia berenang dan bacakan bed time stories to her but sometimes she will be the one who want to do the story-telling to us!” Yiu lin juga turut menjaga hubungannya dengan kesemua staf, sebagai bos dia tidak mahu pekerjanya bekerja dalam keadaan tertekan. Dia sedang memperkuatkan strategi perniagaannya melalui online, dan menunggu peluang serta waktu yang sesuai bagi meluaskan lagi cawangannya.

 

Jika diintip di akaun Instagram empunya diri, saya perasan dalam kesibukkannya, dia pasti akan curi masa untuk bercuti bersama keluarga, “My husband and myself worked so hard for ourselves, that sometimes we need to take a break for us to spend some quality time with our family. Lupa sekejap segala bebanan di tempat kerja, dan apabila bercuti saya akan betul-betul serahkan diri pada keluarga. Jangan asyik sibuk mencari duit dan rohani tidak kenyang dengan kasih sayang keluarga.”

See also
Tuti Noor: The Return Of The Malaysian Supermodel

 

Yiu Lin dan Azlan sama-sama menyukai aktiviti outdoor. Dan kesukaan mereka itu dikongsikan bersama Zara. “Saya mahu Zara membesar menjadi wanita yang berani, aktif dan berdikari seperti saya. Saya dan suami suka mendaki gunung, pantai dan lakukan aktiviti-aktiviti lasak. Setiap kali bercuti kami pasti mencipta memori indah buat kami sekeluarga. Kembara saya ke Australia, kami menyewa caravan berhenti ke satu tempat ke satu tempat. Dan merasai pengalaman berkhemah dan membawa Zara melihat dolphin, singa, harimau adalah satu pengalaman bermakna buat saya. “She is quite the adventurous girl just like her parents.”

 

Bercerita soal kecantikan, Yiu Lin menyifatkan yang dia akan pastikan sebelum keluar rumah dia akan bersiap cantik. Itupun bukanlah mengambil masa yang lama kerana dia boleh lakukan itu semua dengan pantas. Dia tidak perlukan glam squad untuk menyolek dan mendandan rambutnya. “Saya sebenarnya seorang yang ringkas dan lakukan sesuatu benda itu dengan pantas. I see that as the years go by, the more comfortable I feel in my own skin. Setiap hari keyakian pada diri semakin bertambah.” Walaupun angka usia saya semakin meningkat. Lagi hot daripada zaman anak dara pun ya! Hahaha. Semua wanita berhak menghargai diri mereka dan sentiasa berasa cantik pada diri mereka. Kecantikan itu adalah milik wanita.

 

Dalam sibuk-sibuk wanita ini, dia juga ada waktu kualiti bersama teman-temannya. She is even overseeing her social life too. Bulan Mei lalu, Yiu Lin meyertai girls trip ke Greece bersama teman-teman baiknya yakni, Marion Caunter, Deborah Henry, Zaireen Ibrahim dan Izana Salleh. “It’s time for the husbands to look after the kids! Saya rasa bagus juga apabila berjauhan dengan suami dan anak, kerana saya akan merindui mereka dan tentunya sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup saya.”

 

Adakah Azlan seorang yang romantik? “Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukanlah seperti wanita lain yang dambakan layanan bak sang puteri. I am a very practical girl. Saya tidak perlukan bunga. Bagi saya bunga akan layu dan hanya membazir wang sahaja. Saya juga tidak perlukan dia untuk membuka pintu untuk saya. It is just a waste of time. Saya boleh lakukan itu semua sendiri. I am a very independent woman and I am not a clingy wife. Takkan lah dalam jadual saya yang sebegitu sibuk ini saya harus update dengan dia segala benda yang saya lakukan seharian. Cukup sekadar beritahu Azlan pukul berapa saya pulang ke rumah dan begitu juga sebaliknya. Dari situ saya akan plan untuk sediakan makan malam atau kami keluar makan. Apa yang penting dia sangat perihatin pada saya dan anak-anak dan memahami tuntutan kerja saya. Jangan jadikan sesuatu perhubungan itu terlalu sulit, kerana semuanya boleh mencapai kata sepakat melalui komunikasi dua hala. Saya bertuah kerana memiliki suami seperti Azlan. Itu sudah cukup baik. Apa yang boleh saya katakan, I always put myself last and my priorities will go to my kids and husband no matter how successful I am while building my empire.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Jun 2016