6 Rahsia Gelap Di Sebalik Hubungan Kate Middleton Dan Putera William

6 Rahsia Hubungan Kate Middleton dan Putera William Yang Tidak Ramai Tahu

2 of 7

1. Permulaan Mereka Yang Penuh Kemusykilan

Pertemuan pertama antara Putera William dan Kate Middleton adalah melalui sebuah pertunjukan fesyen di kampus mereka pad tahun 2002 di mana Putera William membuat penampilan dan jatuh hati pada Kate yang pada waktu itu merupakan salah seorang model yang berjalan untuk pertunjukan tersebut menggayakan sepasang dress jarang yang menjadi tular selepas itu.

 

Namun tidak ramai yang tahu pda masa itu Kate sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar tahun empat, Rupert Finch. Putera William yang buta dengan cinta pada masa itu memulakan langkahnya pada malam selepas pertunjukan tersebut di sebuah bar. Selepas detik itu, Kate dan Rupert dikatakan sudah tidak lagi bersama dan hubungan Kate dan William pula menjadi lebih akrab. Hubungan mereka tidak berakhir pada nada yang negatif kerana Rupert telah dijemput untuk menghadiri perkahwinan mereka pada tahun 2011 dan Kate juga dijemput untk menghadiri perkahwinan Rupert pada tahun 2013.

See also
Koleksi Resort 2019 Tribute Kepada Legasi Max Mara