4 Fakta Menarik Majlis Resepsi Rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth - Page 4 of 4

4 Fakta Menarik Majlis Resepsi Rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth

10 tahun bersama, mereka diduga dengan pelbagai rintangan. Namun kasih dan cinta pada satu sama lain telah membantu Miley Cyrus dan Liam Hemsworth untuk mengharungi segalanya.

 

23 Disember 2018 dunia hiburan dikejutkan dengan gambar yang tersebar di media sosial menampilkan Cyrus dalam gaun putih dan Hemsworth pula tuksedo yang membuatkan orang ramai mula berspekulasi akan perkahwinan rahsia yang mungkin baru sahaja berlaku.

 

Spekulasi tersebut akhirnya disahkan oleh Cyrus dan Hemsworth sendiri melalui pos mereka di Instagram. Majlis intim tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Tanpa kehadiran media di dalam majlis serba sederhana itu membuatkan peminat terharu dengan keputusan pasangan ini. It made us tear up too:')

 

GLAM himpunkan empat fakta menarik yang kami kenal pasti daripada majlis resepsi rahsia tersebut.

4 of 4

FAMILY ONLY

Daripada semua gambar-gambar yang telah dikongsikan, kesemuanya adalah daripada Cyrus, Hemswroth dan juga ahli keluarga mereka sahaja. Adik-beradik Cyrus, Noah dan Brandi, turut meraikan hari gembira itu. Dari belah Hemsworth pula Chris Hemsworth dan Luke Hemsworth antara yang dilihat hadir memeriahkan majlis.