10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia - Page 7 of 10

10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga ke sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

7 of 10

Serena Williams

“Venus dan saya mula merasakan kejayaan, kekal mencapai kejayaan dan kami juga tidak menyalahkan diri masing-masing. Kami tidak takut untuk membuat tocang rambut, kami tidak gentar untuk menjadi wanita berkulit gelap di dalam tenis. Dan ia salah satu yang lain,” katanya kepada Allure. Selain dari menjaga reputasinya sebagai seorang wanita terbaik dalam arena tenis, Williams menubuhkan Serena Williams Fund untuk menggalakkan kepentingan keadilan untuk semua orang dan dia juga merupakan seorang duta muhibah United Nations.