10 Soalan: Nora Khalid - Glam Malaysia

10 Soalan: Nora Khalid

GL-WHI-3FA

Gambar: Arkib GLAM


 
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Raya Sophie Nor. Kini Nora Khalid kembali memikul komitmen lalu sibuk merencana pembukaan kedai kopi ketiganya. Dari mereka ruang dalaman sehinggalah pengurusan kedai, Nora terus mara membawakan cita rasa baru buat Whisk! Sebagai Pengarah Kreatif merangkap pengasas bersama, tidak pernah sekalipun Nora melepaskan tangan malah teruja untuk berkarya dengan ruang terbaru.
 
1.Your advice to your 20-year-old self?

Tuntutlah sebanyak ilmu yang boleh kerana ilmu itu amat berguna. Catat isi penting untuk bekalan masa hadapan juga melayan setiap insan dengan penuh rasa hormat dan berbuat baik sesama insan.
 
2. Kebahagiaan sempurna…

Kala berlibur bersama seisi keluarga di pulau terpencil yang penuh privasi dengan sajian panorama terindah.
 
3. Greatest misfortune?

Saat kehilangan atau disekat kebebasan dalam melahirkan sesuatu karya.
 
4.  Visi hidup?

Seorang ibu yang terbaik buat keluarga. Mungkin ia klise, tetapi itulah kenyataannya. Tidak pernah terdetik untuk mengundurkan diri daripada dunia perniagaan biarpun sudah bergelar ibu. Bukankah wanita dilahirkan untuk menggalas pelbagai tugas?
 
5. Bunga kegemaran?

See also
Pertama di Malaysia, BookXcess ini Berkonsepkan Terowong Buku

Peonies, peonies, peonies! My wedding was full of them.
 
6. Insan yang paling dikagumi?

Ayah. Kerana dia menggapai impian dengan hasil kerja keras sepanjang hidupnya namun tetap merendah diri.
 
7. Current state of mind?

Kepuasan dan rasa syukur atas segala kuniaan Tuhan. Juga sedikit rasa keterujaan dalam merencana pembukaan kedai terbaru.
 
8. Greatest extravagance?

Secara jujurnya pada saat ini adalah waktu rehat yang cukup dan ketenangan.
 
9. Andai diberi peluang untuk kembali?

Saya ingin menjadi seekor burung lalu terbang tinggi ke mana sahaja tanpa sekatan.
 
10. Heroin fiksyen kegemaran?

Strong willed women with a ton of courage to boot.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi January 2016