10 Soalan Deanna Ibrahim

10 Soalan Deanna Ibrahim

dee9Deanna Ibrahim dalam GLAM isu Mei 2016. Gambar: Bustamam Mokhtar

 
Peragawati Deanna Ibrahim, 31, berkongsi dengan GLAM rencah kehidupan dunia fesyen sebagai model. Lebih 10 tahun dalam bidang ini nyata memberi 1001 pengalaman pada empunya diri. Deanna kini sibuk dengan jenama TheOffday yang diselenggarakan bersama dua rakan kongsinya dan jenamanya sendiri, Daftgoods. Ia bisa didapati di concept store yang juga di bawah naungannya yakni, Markas yang terletak di Kota Damansara.
 
1. Greatest fear?
Jika saya tidak berdaya untuk mencintai seseorang…
 
2. Nasihat paling bernilai…
Usah menoleh ke belakang. Teruskan hidup dan hargai setiap saat yang kita ada.
 
3. Ikon fesyen?
Saya obses dengan Chloe Sevigny!
 
4. Supermodel adalah?
Wonder woman wannabe!
 
5. Pereka antarabangsa yang anda pernah jumpa?
Saya rasa amat bertuah apabila berpeluang berjumpa dengan Karl Lagerfeld sewaktu pertunjukan fesyen Burberry di London.
 
6. Momen fesyen terbaik?
Sejujurnya boleh saya katakan setiap hari. Bersilih ganti dan memperagakan helaian daripada pereka tempatan dan antarabangsa amat mengujakan. Fesyen adalah nadi saya!
 
7. Pengalaman menakutkan sewaktu runway?
Rasa gugup muncul apabila ada yang menilai saya sewaktu di pentas peragaan. Oh ya, saya cukup takut kalau terjatuh atau tersandung di runway!
 
8. Pengalaman manis sepanjang bergelar model?
Apabila berpeluang untuk menjelajah dunia dan belajar adat resam pelbagai budaya. Itu semua adalah pengalaman yang banyak membuka mata saya tentang kehidupan.
 
9. Supermodel dunia?
Hmm… ramai tapi yang paling saya kagum adalah Lara Stone dan Freja Beha. Mereka punya trademark diri yang tersendiri.
 
10. Diri anda 10 tahun dari sekarang?
Saya seorang yang susah untuk diramal. Saya sendiri tidak pasti apa yang bakal saya lakukan pada keesokkan hari. Jadi apatah lagi untuk 10 tahun lagi. Saya doakan perjalanan hidup saya akan sentiasa dipermudahkan Nya.
 
 

See also
Ikuti Disebalik Tabir Proses Pembikinan Koleksi Mimpikita Buat KLFWRTW 2016