10 Soalan Bersama Thanuja Ananthan

Personaliti

10 Soalan Bersama Thanuja Ananthan

3

thanuja
 
Thanuja Ananthan, Ratu Cantik Dunia Malaysia 2009/2010 kini tidak bersandarkan pada bidang peragawati sahaja. Malah empunya diri bersifat lebih selektif dalam bidang modelling. Dia kini lebih fokus dalam bidang pengacaraan juga hos untuk majlis berprestij. Thanuja juga menyenangi haiwan. Kecintaannya pada binatang dicurahkan dengan melibatkan diri dengan kerja-kerja amal di bawah organisasi PETA dan SPCA.
 
1. Nasihat paling bernilai?

Saya sentiasa percaya pada prinsip untuk jadi diri sendiri. Biarpun dilanda masalah, always stay true to yourself.
 
2. Nasihat untuk golongan belia?

Kejarlah cita-cita anda. Jangan tunggu walau sesaatpun kerana masa terus berdetik dan tak akan menunggu anda!
 
3. Ikon Fesyen?

Sejujurnya saya tidak punya ikon fesyen secara spesifik. Mungkin Charlize Theron kerana gayanya yang classy dan Monica Belucci untuk kecantikannya yang teramat!
 
4. Tradermark fesyen?

Apa lagi kalau bukan rambut Maggie saya. Itulah signature saya dan saya bangga dengan rambut ini.
 
5. Pet peeves?

Saya ini cerewet juga, maklumlah ada OCD. Saya pantang makan dalam suasana yang bising dan orang yang melakukan keganasan terhadap binatang.
 
6. Tokoh paling disegani?

Saya menyanjungi sifat mulia Jane Goodool yang mempertahankan hak asasi binatang. Mendiang Princess Diana dan Michael Jackson juga cukup dekat di hati saya dengan sifat penyayang mereka tanpa mengira darjat.
 
7. Diri anda 10 tahun dari sekarang?

Saya berharap saya akan terus bahagia dan sihat seperti mana saya sekarang. Oh, mungkin bahagia disamping suami dan anak-anak!
 
8. Waktu terluang?

Di rumah saya memiliki mini zoo yang menempatkan berbagai jenis binatang termasuk yang eksotik.
 
9. Hobi…

Selain membaca, saya akan berlari! Itu cara saya meredakan tekanan emosi. Biasanya Dan saya akan cool down selepas itu. Setiap hari jika ada waktu saya akan berlari sejauh 7km.
 
10. Jika boleh putar waktu apa yang anda akan lakukan?

Sebelum mula bekerja, saya mahu mengembara dunia sepuas-puasnya!

Your email address will not be published. Required fields are marked *