10 Soalan Bersama Ella

Personaliti

10 Soalan Bersama Ella

275

glam4274

 

Dirinya adalah bintang yang gemerlap. Cahayanya tidak akan pernah suram. Ya inilah satu-satunya ratu rock Malaysia, Ella! Istimewa tahun ini Ella akan melancarkan album pada penghujung tahun 2016. Dan sebelum itu dia akan tampilkan dengan dua single. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu album kemunculan penyanyi lagenda yang pernah terjual sebanyak 300,000 unit menerusi album ELLA 30110.

 

1. Harapan pada wanita di Malaysia?

Saya mahu wanita alaf ini bangkit dan tampil ke hadapan. Walaupun anda adalah suri rumah, cuba cari pendapatan sendiri dengan berniaga. Buktikan yang kita boleh!

 

2. Tokoh yang anda kagumi?

Ibu saya. Yang Asmah adalah wanita cekal dalam membesarkan anak-anak. Kekuatan ibu menjadi semangat untuk saya kuat meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri.

 

3. Nasihat paling bernilai?

Ayah selalu berpesan setinggi manapun saya dijulang, jangan pernah sesekali melupakan yang Maha Esa. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

 

4. Pantang anda?

Saya tak tahan dengan orang pengotor. Kalau tandas kotor saya memang akan trauma! Eeww.

 

5. Masakan yang anda handal?

Suami kata, kalau hari-hari makan Nasi Goreng Cina pun saya tak ada hal sebab terbaik! Itu suami kata ya!

 

6. Destinasi percutian?

Saya adalah pencinta pulau. Campaklah saya di pulai mana sekalipun, saya akan berasa tenang dan damai.

 

7. Obsesi terkini?

Sekarang ni kalau boleh setiap hari saya nak pergi gim. Seronok berpeluh -peluh kepenatan. No pain, no gain!

 

8. Ikon fesyen?

Dari dulu sampai hari ini saya suka gaya effortless Kate Moss dan gaya classy Audrey Hepburn.

 

9. Tiga benda yang harus dibawa?

Berus gigi, minyak wangi dan loose powder!

 

10. Diri anda lima tahun dari sekarang?

Menjadi usahawan berjaya menerusi produk saya Lameya.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *