10 Soalan Bersama Dr. Alice Prethima Michael

10 Soalan Bersama Dr. Alice Prethima Michael

1 (2)
 
Pengasas Dr. Alice Total Wellness Specialist dan Alice Anti-Aging Clinic ini kelihatan muda dan bertenaga dengan bentuk badan bak anak dara. Ditanya mengenai rahsia kecantikkan, jawabnya adalah keseimbangan antara sains dan keyakinan diri.
 
1. Saat paling menggembirakan?
Meluangkan masa bersendirian setiap pagi selama dua jam untuk meditasi dan bersenam. Menjalani lapan jam masa bekerja dan menikmati makan malam bersama keluarga.
 
2. Yang hebat mengenai wanita?
Nature has given women every asset for success-boldness, energy, intelligence and more than anything, beauty in forms both innate and external.
 
3. Kebahagiaan sempurna adalah…
Berkongsi pengalaman dan meningkatkan keyakinan wanita terhadap kecantikan diri.
 
4. Jika ada masa terluang?
Melukis. Painting is part of my personality.
 
5. Harta paling berharga?
Semestinya ibu bapa dan keluarga tercinta. Tanpa mereka, saya tidak akan berdiri pada tahap sekarang.
 
6. Sentiasa mengagumi…
Oprah Winfrey! Visi serta semangat hidupnya cukup memberikan inspirasi kepada setiap wanita.
 
7. Filem yang jalan ceritanya mirip dengan kehidupan sendiri?
Diana The Movie. Sikapnya yang baik dan sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri sendiri mendorong saya untuk lebih menyumbang ke arah kebaikan.
 
8. Cita-cita sewaktu kecil?
Pramugari! Kerana terpukau dengan gaya mereka berhias dan sentiasa yakin dengan penampilan diri.
 
9. Nasihat terbaik untuk cahaya mata di hari persandingannya?
Give and take. Setiap perhubungan perlu ada keserasian dan tolak ansur. Hormat-menghormati adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
 
10. Mantra hidup?
Duit bukan segala-galanya and I learn to give back.
 
 

See also
GLAM Exposé: Rich Kids of Malaysia