PESONA KISAH DONGENG SWEDEN - Glam Malaysia

PESONA KISAH DONGENG SWEDEN

Buat himpunan H&M Studio musim luruh 2016 kali ini Ann-Sofie Johansson serta teamnya berbesar hati untuk menjulang tinggi kisah dongeng rakyat Sweden sebagai paksi inspirasi utama mereka. Ujar Johansson, melalui koleksi kali ini mereka di H&M mahu wanita tampil lebih berkuasa namun diselitkan cita rasa quirky dengan sentuhan yang diadaptasi daripada kisah dongeng Sweden.

 

Ia boleh di lihat menerusi pemilihan motif kucing lynx yang ditenung serta dicetak pada blaus dan dress. Ada juga sut berperincian rantai dan dijahit mengikut motif kucing lynx. Siluet pula dibiarkan lebih besar pada bahagian bahu namun mengecil di pinggang agar masih nampak sensual yang ada pada wanita H&M. Ceraian utiliti yang penting seperti sut dan jaket memberikan ilusi seakan mencipta dimensi siluet baru.
 


 
15 SAAT BERSAMA ANN-SOFIE JOHANSSON, CREATIVE ADVISOR H&M
 
Satu perkataan yang melambangkan himpunan H&M Studio AW 2016?
Strong.
 
Wanita yang melambangkan koleksi H&M Studio AW 2016?
Freja Beha Erichsen.
 
Lokasi yang mencerminkan himpunan H&M Studio AW 2016?
Sweden.
 
Lagu yang bermain dalam minda apabila melihat himpunan H&M Studio AW 2016?
Mystery Lake oleh Nicolas Godin by Air.
 
Makanan yang membiaskan gaya H&M Studio AW 2016?
Makanan traditional Sweden!
 

See also
Maria Grazia: #THEWOMENBEHINDMYDRESS

 
 

Empat item pilihan Editor Fesyen GLAM daripada himpunan @hm Studio AW 2016. #pfw

A photo posted by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on