Rawatan Mesti Buat Oleh Ratu Sehari

Rawatan Mesti Buat Oleh Ratu Sehari

brideA2
 
It’s time to get busy and be gorgeous ladies! Ikuti panduan dari hujung rambut ke hujung kaki bagi menyerlahkan lagi kejelitaan anda. Mulakannya dua bulan lebih awal bagi memastikan anda kelihatan anggun nan sempurna di majlis ikatan cinta anda dan dia!
 
Bibir
Untuk kucupan istimewa di akhir majlis, anda pastinya mahukan bibir yang sempurna. Calitkan salap bibir dengan kandungan vitamin E yang boleh mencegah bibir kering dan merekah berpunca daripada cuaca dan diet tidak seimbang. Lakukan pengelupasan bibir anda sekurang-kurangnya seminggu sekali sekali gus membersihkan lapisan kulit mati. Basahkan berus gigi dengan air suam dan dengan perlahan gerakkan ke kiri dan kanan pada bibir anda.
 
Wajah
Ahli dermatologi boleh membantu anda mencari solusi masalah jerawat dengan krim topikal juga pil oral atau melakukan pengelupasan kulit untuk menyingkirkan minyak dan bakteria pada wajah. Rancang janji temu enam bulan sebelum tarikh perkahwinan kerana kulit anda perlu masa untuk mengenali regimen serta preskripsi yang baru. Rawatan di spa pula tidak kurang hebatnya. Bagi merawat bintik hitam, sel kulit mati, sekali gus meningkatkan peredaran darah. Bertemu terapi di spa dan nyatakan masalah anda. Usah lupa, minum air secukupnya agar kulit terhidrat anda tampak berseri-seri di hari bahagia nanti.
 
Laser & Waxing
Kaedah laser akan menyelamatkan anda dari jadual bercukur setiap hari! Kaedah ini mampu melambatkan proses pertumbuhan bulu. Lakukannya enam bulan sebelum acara kerana lima rawatan susulan diperlukan. Sesuai dilakukan pada sekitar wajah, kaki dan tangan. Jika tidak, pilih rawatan waxing. Dapatkan khidmat pakar untuk melakukannya dengan bahan berkualiti. Not having to shave during the honeymoon is a glorious thing! Now that’s a wedding gift you can really appreciate.
 
Rambut
Great bridal locks require a little love and devotion. Mencuci, mengeringkan rambut dan menggayakannya
menyumbang kepada kerosakan rambut anda. Menurut pakar, diet yang dilengkapi Vitamin B mampu membantu mengembalikan sinaran rambut semula jadi malah dengan pengambilan lebih ikan, kekacang dan telur memberi permulaan yang baik. Urutan kepala dan rawatan hidrasi empat minggu awal bukan sahaja menyuntik kesegaran, malah ia turut merangsang folikel dan membuat rambut lembut beralun.
 
Badan
Terdapat pelbagai sebab mengapa urutan adalah rawatan kecantikan terhebat sebelum perkahwinan. Selain membantu menenangkan tekanan, ianya ideal buat setiap wanita yang bakal menempuh alam perkahwinan. Minda yang bebas daripada tekanan bukan sahaja mendamaikan, tetapi kulit badan juga makin sihat. Mengurut adalah satu kaedah rawatan bagi meningkatkan peredaran darah juga turut membantu menyuburkan dan mengembalikan seri kulit badan. Anda juga boleh mencuba rawatan Body Polish juga Cellulite Body Wraps.
 
Kuku
Kerap merias jemari adalah cara terbaik untuk memiliki tangan dan kaki yang cantik. Tangan khususnya bakal menjadi tumpuan utama di hari perkahwinan dan semestinya anda mahu ia kelihatan indah sentiasa. Apatah lagi di saat lensa difokus langsung ke jari manis dari jarak dekat. Riasan jemari tangan dan kaki menghidrat dan memulih kondisi kuku. Ingat, jangan lupa menyapu minyak kutikel setiap hari untuk memastikan kuku kekal terhidrat.
 
Mata
Lingkaran hitam dan bengkak pada mata adalah perkara biasa yang sering dialami bakal pengantin. Mana tidaknya bila mengatur rencana perkahwinan, tidur pula kurang waktunya. Kulit di sekitar mata agak sensitif, tanggalkan solekan mata dengan lembut dan usah lupa menyapu krim mata setiap malam. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mengurangkan penampilan lingkaran hitam. Untuk mengatasi mata yang bengkak, letakkan ais ke dua belah mata setiap seminggu atau dua minggu sekali mengikut kondisi mata anda untuk membantu mengurangkan bengkak. Elakkan makanan bergaram kerana ia juga menyebabkan mata kelihatan bengkak.
 
 

See also
Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada Hublot