Dua Tahun Pertama Penentu Kebahagiaan

Dua Tahun Pertama Penentu Kebahagiaan

fasha4GAMBAR BUSTAMAM MOKHTAR/WHITE STUDIO

 
Kadar kejayaan matrimoni juga penceraian kini dikaji dengan lebih mendalam. Penyelidikan menunjukkan bahawa dua tahun pertama bersama sebagai suami isteri adalah tempoh paling kritikal bagi sesebuah mahligai cinta. Tempoh awal sebagai satu unit adalah penentu kejayaan atau keruntuhan tiang perhubungan.
 
Menurut kajian “The Connubial Crucible: Newlywed Years as Predictors of Marital Delight, Distress, and Divorce” oleh Dr. Huston (Universiti Texas di Austin), membuktikan bahawa pasangan pengantin baru serta perubahan dalam status perhubungan sepanjang tempoh dua tahun pertama perkahwinan bakal melakar bayangan takdir rumahtangga selepas 13 tahun bersama. Kerap kali, musabab ini berpunca daripada kekecewaan pasangan seperti kekurangan kasih sayang dan perhatian, susutan kemesraan atau ketidakserasian yang semakin nyata. Para penyelidik turut mendapati jurang perbezaan yang ketara di antara kelompok pasangan yang bahagia dan tidak bahagia, selepas mengikat cinta.
 
Melalui tinjauan lanjutan, didapati sebanyak 214,799 pasangan telah berkahwin buat pertama kalinya sekitar tahun 2012. Hasil kajian menunjukkan bahawa selepas 13 tahun, seramai 56,760 pasangan bercerai dan 23,706 pula tidak bahagia selepas berkahwin. Kekecewaan juga berkelakuan negatif terhadap satu sama lain dalam tempoh dua bulan pertama perkahwinan bakal terjerumus kepada penceraian. Ia adalah petanda pergolakkan jika pasangan mulai merasa sedemikian dalam jangka masa yang singkat (dua tahun pertama). Kekecewaan dalam perkahwinan bermula apabila anda mulai menyelubungi diri dengan persoalan “Adakah ini sahaja?”. Tatkala dilanda perasaan sebegini, anda mungkin mendapati diri lebih kritikal berbanding pasangan. Perasaan jengkel oleh tingkah laku dan interaksi si dia bakal membaluti diri. Usapan cinta juga kespontanan kasih akan berkurangan apabila diselaputi kekecewaan dalam perkahwinan. Ini akan membantut segala proses pemulihan dalam sesuatu perhubungan kerana perasaan hampa dan putus asa mulai timbul di lubuk hati.
 
Permasalahan sebegini adalah normal dalam perkahwinan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran cinta, kegembiraan juga kesedihan setiap pasangan akan tempoh sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan. Sebagai usaha menangani, kedua-dua pasangan harus menanam komitmen yang tinggi, berbicara tentang isu juga permasalahan yang melanda dan mencari keupayaan untuk menyemai kembali kasih yang semakin pudar. Jika anda mendapati diri sedikit murung selepas mengikat cinta bersama si dia, ketahuilah ianya adalah normal. Honeymoon blues are normal! Anda bersama pasangan telah terjerat dalam proses persiapan perkahwinan. Percayalah, sebaik sahaja tiada stres untuk ditangani, anda akan berasa seakan kehilangan. Perasaan ini menyerupai rasa kecewa pasca percutian (post holiday let down) sepertimana dialami kebanyakan orang. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pasangan untuk tidak mengabaikan kemurungan.
 
Persediaan yang mencukupi buat bakal pengantin mampu membantu diri menangani tempoh kritikal ini. Tiba masanya untuk beralih ke tahap menyelaras perkahwinan anda sepanjang hayat bersama si dia. Seperti yang dinyatakan dalam penyelidikan oleh Dr. Huston, adalah menjadi keutamaan setiap pasangan pengantin baru untuk menyuntik asmara yang berpanjangan. Keutamaan lain setiap pasangan harus hadapi dan matlamat yang memerlukan untuk menyelaras tahun pertama perkahwinan termasuklah cara pengendalian wang, pengagihan tugas di rumah, pelan masa bersama, mendalami ilmu bagi menangani konflik serta pemahaman harapan yang serupa dalam hala tuju perhubungan.
 
Biarpun tahun pertama perkahwinan dikatakan durasi yang paling sukar, namun ianya sering ditafsir sebagai detik yang paling bermakna. Proses ini boleh dijadikan waktu yang paling istimewa untuk intimasi dan penzahiran. Pelbagai perkara boleh disingkap dan diungkap antara satu sama lain. Buat pengantin yang baru mendirikan istana cinta, disinilah titik permulaan anda bersama si dia untuk membina tiang asas bagi menetapkan perhubungan yang penuh makna. Jadi nikmatilah perjalanan ini dan semailah cinta abadi anda berdua.
 
Perkara Yang Harus Diberi Perhatian
 
• Emosional atau penderaan fizikal yang melampau
• Jangkaan dan harapan perhubungan yang tidak realistik
• Kebimbangan untuk berhadapan dengan konflik
• Kekurangan intimasi serta sentuhan asmara
• Ketiadaan rasa hormat antara satu sama lain
• Ketidakupayaan untuk bermesra bersama
• Mementingkan diri sendiri
• Masalah komunikasi dan interaksi
• Permasalahan seksual
• Tiada kawalan perbelanjaan
 
 

See also
Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua