TENGKU SISKA

GLAM Societe

TENGKU SISKA

179

Tengku Siska Alisa sememangnya wonder woman dek kerana dirinya yang sentiasa komited terhadap apa yang dilakukan. Kerabat negeri Kelantan ini insan yang rajin mencari peluang perniagaan dari satu ke satu hingga kini wujudnya salun rambut Hairdreams Malaysia yang menyediakan khidmat menyambung rambut. Seorang yang penyayang malah suka ke dapur bagi menyediakan makanan kampung kesukaan suaminya Suhaime Mahdar. Soal fesyen tidak asing darinya yang bijak mengenakan adibusana dipadankan dengan sepatu mewah dan tas tangannya. Di dalam geroboknya tersusun indah koeleksi jenama mewah seperti Roberto Cavalli, Lanvin, Marchesa, Valentino, Mary Katrantzou, Roland Mouret, Victoria beckham dan banyak lagi. Sang puteri nya juga tak diabaikan dengan turut berfesyen jenama mewah seperti Baby Dior, Dolce & Gabanna Junior, Young Versace, Roberto Cavalli Junior, Fendi Kids, dan Moschino Kids memenuhi ruang closet si cilik berusia dua tahun itu.

Your email address will not be published. Required fields are marked *