GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

SHIR CHOONG

Peragawati yang sering kali muncul di halaman spread Glam ini semakin meningkat naik di tanah air mahupun tawaran luar Negara. Shir Choong anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mencipta nama setelah memenangi rancangan reality pencarian model dipanggil I Wanna Be A Model musim ketiga. Merupakan lulusan jurusan penyiaran membuatkan beliau lebih berani tampil tatkala bidikan yang diberi oleh jurugambar. Walau berada di kemuncak kemasyurannya beliau tidak pernah alpa akan kenangan kecil mengambil susu lembu percuma setiap hari tika bersekolah rendah  lantas membiaskan sifat Shir yang mencintai bumi sabah walau jauh dimata.