GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

SHAWNA YAP

Kehidupannya terlalu indah untuk diukirkan, socialit berpengaruh kelahiran California, Amerika Syarikat ini terlalu sibuk dengan jet setter  nya namun tidak terbantut hasrat bersama teman berlibur mahupun berehat di private room nya yang seperti rumah kedua di Mandarin Grill, Mandarin Oriental Hotel yang menjadi lokasi A Must buat Shawna  .Mengahwini sang arjuna dari Malaysia dimana detik pengenalan itu wujud ketika mereka berjumpa di Korea Selatan dan masih menuntut di US. Shawna mengidolakan Jacqueline Kennedy Onassis dan Anna Wintour sebagai ikon fesyen. Mengemari jenama Balmain, Chanel dan Hermes. Label pujaannya adalah Farah Khan, mudah untuk dibawa travel, tidak mudah berkedut dan bajunya sangat glamour tidak memerlukan aksesori tambahan buatnya. Kala berbicara mengenai perhiasan mewah, jenama Chopard pasti menjadi pilihan utamanya  kerana ia menghembus nada klasik yang timeless.