GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

PUTRI AZALEA RAMLI

Kredit: Instagram Putri Azalea

Kakak kembar kepada Puteri Yasmin yang turut menjadi tulang belakang kepada jenama PU3. Gaya edgy bertemu sofistikasi dengan sentuhan klasik adalah gaya pilihan dirinya kala menggambarkan eksperesi fesyennya. Anak bongsu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib ini semakin aktif mengemudi pelbagai perniagaan selain memegang sebagai Pengarah Urusan dan pereka bagi PU3 sejak ia ditubuhkan pada 2006.  Merupakan graduan American Intercontinental University di London dalam jurusan perniagaan dan sentiasa mempunyai daya juang yang tinggi dalam keusahawan.