GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

PUTERI AFZAN SHAKIRA

YM Puteri Afzan Shakira Nabila adalah nama yang diberi kepada wanita yang cukup anggun dan elegan ini. Beliau merupakan seorang kerabat diraja Pahang dan digelar “The Fashion Princess” bagi kenalan rapatnya dek kerana citarasanya terhadap fesyen mendapat perhatian ramai. Puteri raja ini sememangnya beauty with a brain dan merupakan graduan dari Lim Kok Wing University. Puteri Afzan sentiasa kelihatan Chic  kemana sahaja berada, walaupun hanya berpakaian ringkas dan selalu nampak on point!. Bila disoal mengenai latest guilty pleasure nya, Jaket Louis Vuitton berharga 4000 SGD!