GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

NOOR NEELOFA

Nama yang tidak asing lagi dalam industri Noor neelofa, wanita berilmu dan berwawasan. Tersenarai sebagai seorang belia berjaya oleh Forbes Asia di bawah 30 tahun dalam peruncitan dan e-dagang. Langkahnya  semakin membara dengan kerjasama bersama United Nations di bawah program UN Youth Delegate Program menjadi suara kepada wanita dan usahawanita. Suri Hati Mr. Pilot telah memberi momentum dalam kerancakkan jualan tudung Warda salah satu koleksi dari empayar Naelofar Hijabnya meraih keuntungan lebih RM50 juta menlonjakkan kaliber seorang pelakon bernama Neelofa. Duta Swaroski ini juga telah menarik ramai peminatnya untuk membeli aksesori ekslusif ini hingga koleksi itu Sold Out impak positif dari program Melatop dan drama bersiri arahan Michael Ang tersebut.