GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

NELYDIA SENROSE

Nelydia Senrose, pelakon berasal Kota Bharu ini sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak usia 13 tahun lagi. Merupakan anak yang ketiga daripada tujuh adik-beradik dan berketurunan Siam dan Melayu. Beliau juga merupakan lulusan dari Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya ketika berusia 17 tahun dan kini sedang menuntut di Kolej SEGI dalam bidang psikologi. Nelydia juga berkata bahawa “Di dunia hiburan ini, tidak perlulah selebriti mempamerkan kehidupa mereka seluruhnya kepada peminat. Keep your private life aside. Permainan industri ini sangat nakal”. Momen penting buat pelakon yang pernah muncul melalui drama siri Spa Q ini adalah ketika peminat mengahargai setiap hasil lakonan yang diberikan.