GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

MARINI RAMLAN

 

Menjadikan rambut kerinting sebagai signature-nya Marini Ramlan atau Nini Marini selain menjadi orang kuat sebuah stesen televisyen, dia juga bergiat aktif sebagai artis dan kerap menghadiri acara-acara fesyen sekitar kota. Dengan kreativiti yang mengalir melalui darahnya telah membawa Marini dari seorang pelukis, produser dan kini telah pun memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat besar. Marini juga banyak melakukan kolaborasi seni dengan pelbagai pihak antaranya Fendi, Piaget, Nike, Nikkon serta Palate Pillete. Salah satu projek terawal Marini adalah Design in Details yang mana dia merakam beg Palazzo dan mengekspresinya mengikut perspektif seni.