GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

FYZA KADIR

Norhafezzah A. Kadir atau lebih selesa dikenali sebagai Fyza Kadir. Wanita jelita berkulit mulus ini murah dengan senyuman.  Melanjutkan pelajaran dalam jurusan Fesyen dan Rekaan Tekstil di Kolej Malaysia Institute of Art atau MIA. Sejak umur 26 tahun, anak keempat dari lima beradik ini merencana masa hadapannya dengan menjual bakat lakonan di layar perfileman tanah air. Lantas bernaung di bawah pengurusan MIG namun jodoh Fyza dalam dunia lakonan tidak panjang  setelah dilamar oleh ahli perniagaan Ahmed Feruz Zainul Abidin. Digelar ‘The Most Stylish Couple’ kerana sering duduk di barisan hadapan, melihat keindahan peragaan fesyen mahupun bergaul bersama kelompok fesyen dengan busana mewah dan suit yang punya tona yang sama. Beliau acap kali dilihat menyarungkan adibusana pereka tempatan mahupun antarabangsa, malah pereka fesyen Fizi Woo sering bereksperimen dalam menghasilkan  adibusana yang statement dan menarik buatnya.