FARAH ANN ABDUL HADI

Kejelitaannya menjadi sebutan, kecekalannya mengharumkan nama Negara  dalam acara gimnastik dipuji. Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul beberapa emas dalam acara gimnastik di Sukan Sea 2017 berkat disiplin yang ketat dan rutin latihan sebanyak enam kali seminggu. Gadis kacukan Melayu-Kanada ini mendapat kritikan hebat dari netizen akan pemakaiannya dengan persalinan leotard yang tidak sesuai bagi imej seorang wanita muslim namun Farah kebal dan tetap mencipta kejayaan demi kejayaan. Ibu bapanya telah mendedahkan mereka tiga adik beradik sejak umur tiga tahun lagi akan sukan ini malah kakaknya Katrina Ann juga atlet Negara dalam acara sukan renang berirama.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone