ELYNA EFFENDY

Merupakan orang penting dalam produksi rancangan realiti televisyen Miss Universe 2013, seorang usahawan, sosialit juga Pengarah Eksekutif di FE2 Productions, wanita ini bijak membahagikan masa terhadap kerjaya dan keluarganya. “Wanita harus berhenti bersaing menjadi setanding lelaki. Jadi sahaja diri sendiri.” Katanya pada team GLAM.  Beliau juga menguruskan restoran Waroeng Iga bersama suami tercinta, Casmad Sanuri, model terkenal di Jakarta. Antara tas tangan dan kasut, Elyna lebih gilakan sepatu.  Stuart Weitzman, Giuseppe Zanotti serta Sergio Rossi antara label kegemaran. Terkini, Yves Saint Laurent jadi pilihan ke mana-mana kerana menghembus nafas stail elegan juga seksi yang selesa.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone