GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

DEBORAH HENRY

Gadis lulusan University of Queensland, Australia ini sudah mula berkecimpung dalam dunia peragaan seawal usia 14 tahun lagi dan pentas peragaan pertamanya ialah Padini dan Seed. Namun, perjalanan Deborah dalam dunia peragaan hanya seketika kerana mahu memberi focus dalam pelajaran hinggalah tamat persekolahan. Kemudian barulah kembali ke dunia peragaan dan membawa terbang ke sekitar Asia hingga London. Melihat Instagram Deborah, pasti ramai yang akan tertawan dengan setiap negara yang dilawatinya. Dia juga mempunyai selera yang cukup bagus dalam mendalami setiap pelosok negara yang dilawati, baik untuk kerja atau berlibur bersama teman-teman. Dengan menatap setiap visualnya, fikirkan bagai melayang ke satu era lama yang mana Deborah Henry dijelmakan sebagai Madame Butterfly dalam interpretasi moden.