DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID - Glam Malaysia

DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID

Figuranya yang cantik, mesra dan rendah hati, itu gambaran pertama bila bertemu dengannya. Ibu kepada 3 orang anak ini mengayuh kayuhan nya dalam perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada Riyaz Hotel and Resort yang mempunyai tiga buah hotel di Cyberjaya, Bali dan Langkawi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini pernah bekerja selama lima tahun di Syarikat Perumahan Negara Berhad sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat. Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ini baru sahaja melangsungkan majlis akad nikahnya yang cukup indah di Masjidil Haram Makkah bersama pasangan secocoknya  Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, Jun lalu yang turut dihadiri teman baiknya Datuk Seri Siti Nurhaliza serta suami.