GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

DATIN SERI ZAHIDA YUSOF

Bekas pramugari penerbangan MAS, isteri kepada lelaki berdarah diraja Pahang ini hebat dalam berfesyen. Banyak memori dan kenangan indah terukir selama 12 tahun menyarungkan kebaya hijau sebelum beliau mengambil langkap menoktahi kerjayanya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Anak jati Kota Tinggi, Johor ini amat aktif bersukan sejak kecil lagi terutamanya acara sukan gimnastik malah menjadi pelapis Majlis Sukan Negara tika itu dek kerana minat pada sukan sangat mendalam beliau mengimpikan untuk membuka gimnasium mahupun studio pilates. Gaya feminin, klasik dan timeless menjadi pelengkapnya tiap kali keluar bersama suami ke majlis rasmi.