DATIN LYNDA RAHIM

Daripada Sebuah butik busana ratu sehari di Ampang, kemudian di Plaza Damas dan kini miliki sebuah unit di Jalan Maarof, Bangsar dengan menanam tunjang untuk menjadikan pelanggannya seorang ratu dalam persalinan terindah di hari bahagia mereka. Datin Lynda Rahim diantara pereka fesyen wanita tanah air yang paling outstanding dan digemari ramai terutamanya buat pasangan yang menghampiri hari bahagia mereka iaitu perkahwinan. Ibu kepada lima orang anak ini bekerja tak tentu waktu dan menghala ke jalan yang satu iaitu menjadi businesswoman berjaya . Lynda meletakkan  Kimora Lee Simmons sebagai sumber inspirasi dek kerana kebolehan supermodel itu mengemudi perniagaannya sendiri hingga berjaya di serata dunia. Pereka Tempatan yang selalu dijadikan penanda aras ialah Rizalman Ibrahim dek kerana multi-talented dan kehebatan beliau dalam mereka busana hebat dan hiasan dalaman dalam satu masa.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone