GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

CHRYSEIS TAN

Chryseis Tan, gadis rupawan berumur 29 tahun ini adalah anak kepada billionaire Tan Sri Dato’Seri Vincent Tan iaitu pengasas empayar Berjaya Group. Chryseis memiliki minda keusahawanan bapanya dengan menubuhkan La Juiceria dan juga sebagai pelabur kepada Goxip walaupun merupakan pewaris empayar bernilai lebih RM4.2 billion itu . Mengintai gaya hidup mewah di media sosial seperti Instagram (@chrystan_X) dan Snapchat (@chryseis.tan) yang acap kali dilihat menaiki jet peribadi ke seluruh dunia dengan penginapan di hotel mewah dan sering di-chauffeur menaiki Rolls-Royce. Namanya menjadi perbualan netizen tempatan apabila bakal disatukan dengan SM Faliq SM Nasimuddin, salah seorang pewaris empayar Naza Group!