GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

AZRINAZ MAZHAR HAKIM

Kisah lama mematangkan dunia Azrinaz Mazhar Hakim dan kini tampil lebih anggun dan melangkah positif maju ke hadapan. Personaliti Tv yang dahulu sering dilihat di kaca televisyen membuat liputan mengenai isu Negara dan politik pernah disunting sebagai isteri Sultan Brunei namun kembali sendiri selepas lima tahun. Azrinaz melepaskan kerinduannya untuk muncul di kaca televisyen dengan menjadi juri jemputan rancangan On Air di Astro Ria satu ketika dahulu. Beliau tidak hanya goyang kaki dengan kemewahan yang sedia ada malah menjadi rakan kongsi dalam Clixster sebuah syarikat telekomunikasi yang menyediakan pelan-pelan komunikasi berlandaskan prinsip syariah yang memberi manfaat kepada pengguna beragama Islam.Beliau yang memiliki dua cahaya mata masih kelihatan ramping dan sering dilihat bergaya menghadiri majlis di ibu kota.  Dia mempunyai gaya fesyen yang berani dan tidak memilih fesyen selamat seperti kebanyakkan wanita. Berpaksikan gaya edgy yakni mencerminkan gaya hidupnya yang amat aktif.