ATIKAH KARIM

Dayang Nur Atikah Karim, peragawati asal bumi di bawah bayu in yang semakin rancak mengatur langkah di persada dunia fesyen antarabangsa. Wajahnya menjadi buruan lensa paparazzi tempatan dek kerana kemasyurannya malah pereka fesyen bagi menyarungkan busana mereka. Memenangi Ford models supermodel of the world search Malaysia 2011 menjadikan titik permulaan kerjayanya.  Beliau dilihat  melangkah penuh bangga di pentas Minggu Fesyen New York juga di London mahupun di Milan. Pemilik kulit sawo matang atau tanned skin ini  telah berjaya menarik perhatian jenama seperti Polo Ralph Lauren dan Banana Republic lantas menjadi model buat jenama ini.Punya selera fesyen yang unik, selari dengan raut wajahnya, Atikah Karim gemar menyarungkan helaian pakaian asas yang membias cita rasa chic dan edgy.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone