GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

AQILA ISHAMUDDIN

Seorang yang ramah berbicara, Aqila seorang yang suka akan konsep all white ala Chanel yang serba minimal tetapi moden jika berbicara tentang fesyennya. Melihat halaian-helaian yang memenuhi geroboknya, Aqila jelas selesa menyarung baju fabric sifon dan sutera, Mengidentifikasikan stailnya sebagai effortless chic, aksesori seperti beg besar dan rantai dempak menjadi antara item fesyen mesti ada. “My style is always on point and never overly trendy”, ujarnya yang satu ketika dulu pernah berkhidmat di Media Prima.