GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

NINA SABRINA ISMAIL SABRI

Nina Sabrina Ismail Sabri, bukan saja cantik tapi bijak dalam perniagaan dengan menjadi pengasas Peterana Kindergarden dan salun Capello by Nina. Wanita bertubuh genit ini merupakan puteri sulung Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan merupakan lulusan masters degree dalam bidang urus niaga dari University of Queensland, Australia. She’s funny, smart, fashionable, and a go-getter, jelas pembantu peribadinya bila ditanya mengenai keperibadian Nina. Nina memang gemar berfesyen dan suaminya juga merupakan pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie.Jika menjenguk ke geroboknya tersusun indah jenama seperti Chanel, Ellie Saab dan Georges Chakra.  Mendambakan aksesori mewah, koleksi the Great Gatsby Collection by Tiffany & Co.