“Selera pengantin sekarang lebih pro-aktif” – Mimpi Kita

GLAM Weddings

“Selera pengantin sekarang lebih pro-aktif” – Mimpi Kita

94

Oleh: Yusairi Fitri
 
Mimpi Kita
 
Label Mimpi Kita bukanlah satu nama yang asing buat penggemar fesyen tempatan. Sejak tampil dengan koleksi pengantin pada 2010, jenama ini terus pesat dan dalam tempoh empat tahun terdapat perubahan besar daripada segi permintaan pengantin. Personaliti mereka cukup disenangi, persis seleksi feminin dan pilihan bijak rona pastel yang dipamerkan pada signature mereka. Katanya, selera pengantin sekarang lebih pro-aktif dan sentiasa melakukan kajian awal dan tidak menyerahkan segala-galanya kepada pereka semata.
 
Signature Mimpi Kita?
Mimpi Kita memang terkenal untuk pilihan yang lembut, palet pastel dan semestinya perincian adalah keutamaan. Kami percaya setiap reka bentuk yang teliti mesti menggunakan hiasan yang tepat untuk memastikan busana kelihatan sempurna.
 
Lokasi perkahwinan mempengaruhi keindahan busana, pendapat anda?
Lokasi resepsi atau akad nikah penting dalam fasa perancangan. Pilihan tempat dan tema yang terbaik mencerminkan jenis majlis perkahwinan bakal dilaksanakan, termasuk pakaian pengantin. Jika lokasi sedikit konservatif mungkin memerlukan pakaian yang lebih sederhana manakala perkahwinan destinasi terarah pada rekaan lebih bergaya. Contohnya, garis antara perkahwinan tradisional dan kontemporari telah kabur. Songket popular sebagai sejenis kain tenunan yang pernah digunakan untuk pakaian perkahwinan tradisional – kini telah diberikan nafas serta sentuhan baru yang lebih bergaya dan urban.
 
Idea anda untuk untuk setiap jenis badan, dan mengapa?
Apabila mencari pakaian yang diinginkan, pengantin perlu mencuba gaun perkahwinan yang terbaik untuk bentuk badan mereka. Gaya pakaian yang berbeza dibuat untuk bentuk badan yang berbeza. Gaun skirt kembang tidak sesuai untuk pengantin perempuan yang kecil. Busana potongan duyung pula sesuai buat  bakal pengantin dengan bentuk badan hourglass.
 
Brides who are looking to add some curves?
Go for gowns with added volume and details at both the chest and hips to help create the illusion of an hourglass silhouette.
 
Anda percaya dengan busana pengantin one of a-kind?
Semestinya ya! On the rare occasions, we would meet a daring, stylish bride who’s searching for the perfect offbeat, one-of-a-kind gown. Keyakinan dan karakter yang betul mampu mengangkat busana itu menjadi lebih menarik.
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *