Kunci Pilihan Busana Pengantin Dari Jovian Mandagie

GLAM Weddings

Kunci Pilihan Busana Pengantin Dari Jovian Mandagie

316

Oleh: Yusairi Fitri
 
Jovian Mandagie
 
Sentuhannya penuh dengan percikan perincian nan romantis. Penggunaan material yang mewah, tepat dan sarat keindahan nyata membangkitkan seri pengantin. Setiap koleksi yang ditampilkan mengutamakan keunikan rekaan dan kebijaksanaan serta kemewahan fabrik. Kala menyarungnya, ia menyerlahkan aura dan menambahkan seri pemakai dalam apa saja acara.
 
Bagaimana anda melakar?
Saya bermula dengan mereka siluet pakaian, diikuti dengan gaya yang membentuk keseluruhan idea koleksi. Selain itu, saya juga mempertimbangkan setiap perincian yang menjadi signature jenama. Kini, pelanggan gemarkan rekaan ringkas, tetapi masih mengekalkan sentuhan mewah daripada Jovian Mandagie.
 
Perkara yang sering anda pertimbangkan untuk pelanggan?
Keselesaan kerana saya tidak mahu membebankan pengantin dengan reka bentuk yang berat yang seolah-olah tenggelam di dalam busananya. Untuk bahagian rekaan, saya sentiasa tampil dengan sesuatu yang luar biasa tetapi masih sesuai dengan kehendak pelanggan dan dalam masa yang sama mengekalkan signature Jovian Mandagie. Ya Saya benar-benar bersetuju, kerana itu menunjukkan bagaimana pakaian itu hendaklah praktikal di mana kebimbangan cuaca dan persekitaran memainkan peranan penting dalam rekaan.
 
Rekaan berdasarkan personaliti, pendapat anda?
Setiap pengantin adalah istimewa. Sama ada dia adalah seorang pelanggan baru, kawan lama, keluarga, pelanggan tetap atau isteri saya sendiri sewaktu kami berkahwin. Saya sentiasa memberikan mereka pengalaman eksklusif yang tidak dapat mencari mana-mana dan hanya ada di Jovian Mandagie. Bermula dari melakar, menyiapkan busana dan sesi fitting aura teruja sentiasa ada.
 
Anda percaya dengan busana pengantin one of a-kind?
Ya, every bride is special in their own way. Walaupun hanya menggayakan busana putih yang sama, setiap orang memiliki pesona yang berbeza. Sentiasa ada yang istimewa dan berbeza daripada setiap pengantin.
 
Idea anda untuk untuk setiap jenis badan, dan mengapa?
Jika berbadan kurus, cadangan saya ialah rekaan yang volume sesuai supaya ia tidak akan melihat membosankan. Jika ketinggian yang biasa, perincian yang tidak sarat dan siluet potongan tinggi adalah bersesuaian. Manakala, jika bersaiz besar, pilih rekaan yang kurang perincian. Namun begitu, tidak kira apa jenis bentuk yang mereka ada, saya akan sentiasa cuba untuk membuat mereka bangga apabila menyarungkan busana yang disediakan.
 
Fabrik terbaik untuk busana pengantin?
Busana perkahwinan tradisional sesuai menggunakan elemen songket atau batik, manakala untuk perkahwinan kontemporari pula, elemen kesederhanaan, sulaman yang minimum dan potongan yang sempurna mampu menaikkan seri pengantin.
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *