Usaha Pelikan Untuk Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Seni Melalui Pertandingan Mewarna - Glam Malaysia

Usaha Pelikan Untuk Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Seni Melalui Pertandingan Mewarna

Tanggal 25 Mac yang lepas, jenama alat tulis Pelikan (Malaysia) telah menganjurkan satu pertandingan mewarna tahunan mereka dan finale pertandingan tersebut diadakan di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya.

 

 

Pertandingan yang diberi nama ‘Best Friends’ Colouring Contest itu merupakan satu insisatif Pelikan untuk mengalakkan kanak-kanak untuk didedahkan kepada seni dengan lebih banyak.

 

“Kami percaya bahawa seni dan kreativiti membebaskan imaginasi dan fikiran kanak-kanak. Apabila seorang anak kecil berimaginasi dan bermimpi besar, mereka mampu menjadi apa sahaja,” nyata Loo Phik Yin, Ketua Pelikan Malaysia, yang turut hadir semasa finale itu.

 

“Kami juga berharap dengan usaha kami dalam membekalkan peluang untuk kanak-kanak menghargai dan mengambil bahagian dalam seni, seperti ‘Best Friends Colouring Contest’ ini, kami mengalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif.”

 

Pertandingan mewarna yang dibahagikan kepada dua peringkat itu adalah bertujuan untuk membuatkan pertandingan ini lebih menarik kepada para peserta selain daripada hadiah-hadiah lumayan yang menanti mereka.

See also
Minggu Fesyen Milan: Siapa Wanita Baru Milan?

 

Peringkat pertama bermula pada November tahun lepas di mana peserta dikehendaki untuk melkan hasil karya mereka sebelum terpilih sebagai finalis.

 

‘Best Friends Colouring Contest’ ini juga dibahagikan kepada tiga kategori umur: Group A (5-8 tahun), Group B (9-12 tahun), dan Group C (13-17 tahun).

 

Senarai pemenang ‘Best Friends Colouring Contest’:

 
 

Group A:

 
 

1st Prize – Toh Sin Yearn (Port Dickson, Negeri Sembilan)

2nd Prize – Cindy Teh Xin Yi (Port Dickson, Negeri Sembilan)

3rd Prize – Liew Rui Yee (Lukut, Negeri Sembilan)

 
 

Group B:

 
 

1st Prize – Mia Chong (Kota Kinabalu, Sabah)

2nd Prize – Tam Hui Quin (Port Dickson, Negeri Sembilan)

3rd Prize – Kam Zhi Han (Ayer Keroh, Melaka)

 
 
 

Group C:

 
 
 

1st Prize – Loke Han Feng (Johor Bharu, Johor)

2nd Prize – Samantha Leong (Petaling Jaya, Selangor)

3rd Prize – Lee Sin Yin (Sg Bakap, Pulau Pinang)

See also
10 Soalan Deanna Ibrahim