Putera George Sudah Mula Enggan Ke Sekolah Kerana Bosan

Seperti Kanak-Kanak Lain, Putera George Juga Tidak Suka Ke Sekolah

Putera George mungkin merupakan waris kepada takhta diraja England, namun dia juga hanyalah seorang kanak-kanak biasa when it comes to school.

 

Foto Alpha Press

Putera kecil ini baru sahaja memulakan sesi persekolahannya beberapa minggu yang lalu dan dia kini sudah pun bosan untuk ke sekolah. Putera William berkongsikan hal ini kepada seorang ibu yang juga menghantar anaknya ke sekolah yang sama.

 

“Dia memberitahu saya dia baru sahaja menghantar Putera George ke sekolah dan dia enggan masuk ke kawasan sekolah,” ujar Louise Smith, ibu yang diperkatakan itu.

 

Sebelum ini, Putera William juga pernah menjangka hal ini bakal berlaku sooner or later pada hari pertama dia menghantar Putera George ke sekolah, “Kami hanya menantikan berapa lama dia akan bertahan sebelum dia mula enggan pergi ke sekolah.”

 

We feel you, Prince George!