Koleksi Kolaborasi Sereni & Shentel x Roa Skye Untuk Mommy & Me

Koleksi Kolaborasi Sereni & Shentel x Roa Skye Untuk Mommy & Me

Selepas menghadapi kesukaran dalam memilih pakaian kanak-kanak yang bergaya dan selesa untuk rakannya Najah Mohammed, seorang pereka dari London, membuat keputusan untuk menghasilkan koleksi pakaian kanak-kanaknya sendiri.

Graduan London College of Fashion ini memulakan jenama RoaSkye oleh kerana masalah yang dia kenalpasti dan juga berdasarkan minatnya dalam menghasilkan pakaian sejak kecil lagi.

 

Matlamat Najah adalah untuk menghasilkan rangkaian pakaian kanak-kanak yang bergaya, moden, dan selesa pada harga yang berpatutan.

Untuk menyesuaikan estetik Najah dengan pasaran di Malaysia, dia bersama-sama dengan jenama tempatan Sereni & Shentel telah berkolaborasi untuk menghasilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang diibaratkan nafas segar buat kedua-dua jenama ini.

[envira-gallery id=”66753″]

Koleksi ini juga menampilkan rekaan untuk dewasa bagi mereka yang menginginkan “Mommy and Melook dengan gaya gingham.

 

Anda boleh dapatkan koleksi ini mulai 1 Julai ini di SereniAndShentel.com, stokis terpilih dan juga The Playgorund Borneo di The Gardens, Mid Valley, dan juga Publika.

See also
Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada Hublot