Herlitz 2016: Si Cilik Bergaya & Selesa! - Glam Malaysia

Herlitz 2016: Si Cilik Bergaya & Selesa!

IMG_2561

 

Baru-baru ini Pelikan telah melancarkan koleksi terbaru beg sekolah Herlitz 2016 yang digelar Clever Classmate! Selain menawarkan reka bentuk terbaru yang lebih menarik, Clever Classmate turut mengekalkan ciri-ciri ergonomik iaitu sistem ergoActive yang membolehkan pelarasan tali beg di bahagian bahu, dada dan pinggang mengikut kesesuaian si pemakai.

 

Pelancaran yang diadakan di Pelikan Store, The Gardens Mall menyaksikan pertunjukkan fesyen mini 8 model di dalam koleksi Clever Classmate iaitu Flexi, Motion, Sporti, Midi, Smart, Children Backpack, Rookie dan Mini Softbag. Majlis pelancaran beg sekolah herlitz Clever Classmate ini dijalankan dengan sokongan penaja utama Kids Around yang menyediakan pakaian berjenama untuk model kanak-kanak, berserta penaja lain Delectable – Designer Cakes & More dan Swift Limousine & Cab.

 

IMG_2549

 

Antara ciri utama koleksi Clever Classmate ini adalah kelengkapan pemantul cahaya 3M Scotchlite yang membantu penglihatan di waktu gelap selain ruang simpanan yang luas. Bukan itu sahaja, ‘padding’ ergonomik di bahagian belakang juga memastikan pengudaraan yang sempurna dan pembahagian berat yang setara bagi memelihara kesihatan tulang belakang anak anda.

See also
Mariah Carey Bakal Melancarkan Syarikat Kecantikannya Sendiri

 

 
Koleksi Herlitz Clever Classmate 2016 boleh didapati di Pelikan Store, The Gardens Mall dan kedai buku Times bookstores, MPH Bookstores dan Borders yang terpilih.